Thursday, December 10, 2015

Buat Ape Yer??

Buat ape tu?

Takde ape-ape. Tengah-tengah boring melanda diri ini. Sekali teringat  kat gambar family yang Cik T ambil haritu belum ada frame lagi. Terlintas gak kat fikiran nak buat frame. Memandangkan banyak gak bahan yang ada kat sekitar rumah. 

Haha, time kecik-kecik selalu buat yang dari cardboard punyer. Sekarang teringin nak cuba buat guna kayu. Memang pun frame gambar dari kayu. Nie nak buat sendiri. DIY kata org putih. Setakat nie boleh tahan memcabar gaklar sebab Cik T potong guna gergaji bukan guna mesin. Punyerlar banyak full stop nyer kat situ. Lenguh tangan ni.

Sekarang ni baru potong and haluskan kayu tu. Entah cantik ke tak macam yang orang putih buat. Diorang punyer cantik. Creative gitu. Jealous kite...haha...

Well, tengok dulular hasilnyer cam mane yer...First attempt tu. Dahlar Ibu Cik T underestimate giler dengan anak perempuan dia ni. Hello, mak. Kite pun boleh jadi tukang kayu k.

Update:sampai sekarang belum siap..hehe,sibuk..Last2, tak jadi.

Cik T baru-baru nie selalu rasa sakit kat bahagian bawah perut belah kiri. Almost two month. Nak pakai seluar yang ada getah kat bahagian pingging tu, hmm..memang terasalar sakit tu. Nak gi check up tapi selalu postponed. Ada bagitau mak. Sebenarnya taknak bagitau, sebab diorang pun tengah sibuk dengan persiapan untuk majlis perkahwinan adik Cik T a.k.a Abang Long Rumah. So, tahan jelar sakit nie dulu buat masa nie. Adik pun dah nak kahwin. Sibuk gak buat kad dengan door gift. Buat sendiri k...Puas hati tengok..hehe...

Bila check simptom yang ada kat Cik T sekarang, wah..takut dengan risau tu memang ada. Hanya mampu berhuhu jelar.. Nak gi poliklinik, nanti buat masa gak...Dilayan sambil lewa. Baik gi klinik swasta tapi bajet takda....Kena tunggu lagilar nie.

Semoga semuanyer ok lar ye....

Wednesday, August 12, 2015

Demam melanda diri

Hai, Cik T kembali lagi.
Asyik menghilang je kerja aku nie kan.
Agak-agak dah macam setahun je menghilang. Ye ke setahun? Hehehe...

Tengah syok-syok taip ni, Cik T tanggung sengsara. Hari hujan kat Bintulu nie, hidung Cik T pula yang 'banjir'. Wah, sakitnyer tuh disini. Terbaik punyer hidung.

Lepas nie Cik T nak kembali aktif lagi dalam dunia belog nie. Lama dah menghilang. Terima kasih kat follower yang setia. Hehe...sangat.

Love you all...

Thursday, February 26, 2015

Cik T Kembali

Hello teman
Hello dunia blog.
Lama kite tak jumpa. Well, jarang Cik T nak update benda dalam ni. Tambah lagi bila busy dan laptop Cik T yang asyik meragam jer tu.

Well bila dah tengok update nie keluar. Maknanya laptop dah ok....dalam makna lainnya,dah beli yang baru.AWESOME......hehehe

Ok, jom share cerita sikit apa yang berlaku selama nie.
Mula-mula.......

Sal kerja. Untuk pengetahuan korang, Cik T dah jadi pekerja tetap kat hotel tu dan plus dinaikkan pangkat lagi. Syukur. Maknanya makin busy larrr diriku ini.....Syukur sangat-sangat sebab Cik T dinaikkan pangkat dar operator kepada reservations clerk. Itu dah kira ok bagi seseorang yang start dari kosong sal bidang hotel ni. Yelah, belajar taklar tinggi mana pun. Pengalaman pasal bidang perhotelan memangla kosong. Tapi syukur kepada Tuhan, rezeki Cik T kat hotel tu murah.

Busy sangat-sangat. Tambah lagi stress. Syukur juga kepada Tuhan, Cik T jenis yang pandai kawal stress lagi. Hehe...puji diri pula. Bah kata teman ku yang sorang nie, "Jangan kerja lama-lama, nanti gila." I like your statement...scorll down...click like gitu.

Bila dah bekerja, of course cerita cinta tak ketinggalan. Hmmm, hanya tinggal kenangan. Kini, Cik T kembali menyendiri. Cewah....dah jodoh tak panjang nak buat cam mana lagi kannnn....Takpe ada masa nanti kite cerita sal tu.Hehehe

Esok, sepatutnya Cik T off day tapi kena turun gak. Kena ikut training masa kecemasan dengan abang-abang bomba. Adui, letih larr...boleh ponteng tak? Kecualilarr...kalau abang bomba yang hensem nak beri bantuan kecemasan nanti kalau Cik T pengsan.....hahaha...gatal kau nie nyah..

K. Chow dulu. Nak rehat, nak tido....See you again sayang-sayang semua. Good night




Thursday, August 14, 2014

Update terkini...

Selamat Pagi, Dunia.
Lama tak jenguk belog... Berhabuk dah pun.

Sebelum turun kerja, Cik T update dulu belog ni. Dengar kata management, harinie kami akan pindah office. So its mean, tak lama lagi hotel akan buka. Huih,maunya tak nervous. Hotel belum siap pagi
, dah ada yang booking Ballroom untuk wedding. Tapi,takpe sebab lepas nie takde dah free gym lagi. Huhu...

Thursday, July 10, 2014

Ujian yang Diberi oleh- Nya

Hai, Belogku dan Rakan-rakan blogger.
 Lama gak tak jenguk belog lepas start kerja ni. Cik T sibuk dengan training . Tu pasal. Nak focus dalam bidang perhotelan ni sebab Cik T pun memang kosonglah kalau bab hotel ni.
 Pada mulanya memang susah. Biasalah kan pertama kali. Tapi, lama-lama adalah ok sikit. Masih boleh paham lagilah sistem dia ni. Masih boleh diterima oleh otak ku...... Dengan segala dugaan yang diberi, harapnya Cik T takkan mudah berputus asa. 
Lagipun, ni baru je training belum lagi live nye.  Tak mau lah pikir panjang. Nak stress-stress bagai. Buat pening kepala je. Biarlah apa yang nak jadi. Sebab ianya memang lumrah kehidupan, kan. So, asalkan kita dah berusaha tu dah kira ok. Well Done gitu. 
Be a Strong Girl Cik T. Lets Them Hear you ROAR... Cam Katy Perry....

P/S: Mungkin lepas ni agak jarang nak tengok entry Cik T. Tapi, Cik T akan cuba update belog ni. Sebelum kena fokus dulu kat kerja.

Friday, July 4, 2014

Yes! Kerja Akhirnya

Haluu..., Dunia.
Berita gembira baru diterima. Minggu depan dah start kerja. Training dulu.
Ingat haritu start 16hb tapi diorang tukar pula pergi next week. Takpelah. Cik T ok je. Jadi, Cik T nak nikmati saat-saat kebebasan yang Cik T ada sekarang ni sebelum start kerja.


Untuk itu Cik T nak buat puding roti sebagai menyambut berita gembira bercampur gementar campur sedih campur......Haish, dah macam ABC la pulak main cmapur-campur . Huhu, tiada lagi rehat-rehat lepas ni.  Apa-apa pun, FIGHTING Cik T. Kau pasti boleh.

...............

Monday, June 30, 2014

Dah Puasa Rupenyer

Helo, Kekawan. Sebelum tu Cik T nak ucapkan....

SELAMAT BERPUASA KEPADA RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG MUSLIM



Tak sangkanya dah masuk bulan  Ramadan dah pun. Lepas tu pula bulan Syawal menjelma....hehe. Ramadan pun baru masuk 1 hari je, dah excited nak raya. Walaupun Cik T ni bukan beragama Islam, tak salahkan kalau join sekaki juga kan.  Yang paling best bila time puasa tu.... semestinya Bazaar Ramadan. Suka sangat-sangat pergi bazaar. Kalau dulu time lepas abis kerja selalu singgah sekejap kat bazaar sebab tempat kerja dekat giler dengan bazaar. Tapi sekarang tak lagik. Kalau tiap-tiap tahun cam ni memang kena 'bom' lah Cik T nanti. 
Tambahan lagi dengan bergaul bersama mereka yang beragama Islam ni banyak juga mengajar tentang budaya dan agama. Cik T pun ada gak saudara yang masuk Islam. So, Cik T pahamlah kalau puasa ni kena tahan nafsu makan minum...segala jenis godaan syaitan tu. Cik T sekeluarga pun ada gak ajar si adik ni supaya hormat dengan kekawan yang Muslim time puasa ni. 

Cik T nak bagi tabik 'spring' lah kat korang yang berpuasa tu. Tahan juganyer walaupun cuaca tengah panas giler ni. Kalau Cik T, dah knockout dah pun. Mungkin sebab korang dah bersahur kot.. tu yang buat korang bertenaga cam hari-hari biasa gak kan. Tambah lagi makan kurma. Hehehe... tuk pengetahuan korang, Cik T sekeluarga pun makan gak buah kurma time bulan puasa ni. Lagipun time ni je selalu tengok orang jual kurma. Waktu lain cam susah sikit nak cari. 

Cik T jealous dengan kawan-kawan Cik T yang ada ikut ujibakat supermodel yang dianjurkan oleh Amber Chia baru-baru ni kat Bintulu. Ada diantara mereka yang terpilih untuk menjadi wakil. Tahniah ye. Cik T tak ikutler. Memang tak layak pun. Badan agak gempal sikit. Hehe... mana cun nak jadi supermodel tu. Mimpilah.....Tapi kalau ada rezeki boleh gak try tahun depan. Manalah tahu next year badan dah kurus sikit. Boleh join kalau ada confident. Cik T takler gemuk cuma.... Bahagian bawah tu yang besar. Pear Shape katakan. Lain-lain ok...syukurlah. So, Cik T tengah cuba kecikkan sekecil yang mampu. Bukan apa, susah Cik T nak cari size seluar sekarang walaupun baru XL jerr.... Mula-mula dulu, tak berapa sangat nak bersenam. As long, badan sihat dah kira ok. Tapi, memandangkan Cik T pun nak kekal fit dan cuba untuk kurangkan berat dan kuruskan sikit part-part yang gemuk tu. Cik T akan cuba bersenam sedaya upaya. Diet? Perlu ke? Tapi kalau makan malam tu memang Cik T dah kurangkan portion. Mula secara perlahan katakan. Just try my luck anyway.  Cik T nak buktikan yang Cik T boleh kat diorang yang selalu memperlekehkan dan memandang rendah terhadap Cik T.

P/S: Kalau dapat abs pun kira ok gak kan. Haritu dah nak dapat dah tapi terus malas nak bersenam. Teruk, kan?