Sunday, October 27, 2013

Scaling Gigi

Hello,readers.Salam Sejahtera dari Cik T.

Baca kan title kat atas?
Mesti selalu dengar atau baca kat mana-mana blog,kan?Ok,memandangkan Cik T sendiri dah pergi buat scaling .Meh sini Cik T cerita sal scaling.

APA ITU SCALING?

Rawatan scaling ni sebenarnya bertujuan untuk membuat karang-karang gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) gigi disebabkan rokok,teh,kopi dan sebagainya.Tapi,mungkin ramai yang salah faham bila dah buat scaling ni,gigi akan jadi putih.Sebenarnya,scaling nie cuma buat kotoran degil yang ada kat celah-celah gigi.Bila dah buang semua tu,memang ada rasa perbezaannya.Kalau nak putihkan gigi tu,kena ambil rawatan whitening kan gigi tu.
Cik T mula nak pergi jumpa dentist bulan lepas.Itupun bila setiap kali Cik T berus gigi asyik keluar darah je.Bila check tengok ada karang.Dah lama dah benda tu ada,cuma tak ada hati nak gi klinik gigi.Bila dah teruk baru nak pergi (taklah teruk pun).Sebelum pergi tu,Cik T cari kat blog rawatan apa yang sesuai tuk buang karang gigi nie?Harga dia berapa?Kira buat survey dululah.

Dah berapa tahun entah tak jumpa dentist,baru sekarang nak jumpa.Kalau dulu masa sekolah rendah baru ada jumpa dentist yang ada kat sekolah time tu.Lagipun,gigi Cik T memang ok dari kecil lagi.Ini semua thanks to my parents yang memang tak beri langsung Cik T makan gula-gula dan minum air bergas waktu Cik T masih kecil.

So,Scaling ni Cik T decide nak buat kat klinik kerajaan je.Kalau buat kat swasta,mahal tu.Mana ada duit.Mula-mula,pergi jumpa doktor dan buat appointment.Bila tunggu hari appointment tu,memang ada rasa takut.Orang banyak cerita kat Cik T yang scaling tu sakitlah.Cik T biarkan je.

Time masuk ke bilik doktor gigi,diorang akan tanya pernah ke buat scaling sebelum ni?ada sakit gigi tak?Diorang memang ada bagitau yang bila scaling nie mungkin sakit.Kalau tak tahan,bagitau.Jangan tak bagitau pulak.Kebetulan Cik T kena dengan dentist perempuan.Selesa sikit.Bila start scaling tu,rasa macam kena cuci dengan pencungkil gigi je.Bila doktor tu suruh kumur,dalam mulut ada rasa cam pasir.Ha,tulah karang gigi yang dah tertanggal.Dengan Cik T ambil masa selama 30 minit sebab tebal sangat.Hehehe....tapi ada gak yang ambil masa selama 1 jam masa scaling.

Doktor pun nasihat kalau boleh datang sekali setahun.Memang akan Cik T turuti.Buat scaling sakit?Taklah,kalau sakit tu tandanya gusi dengan gigi korang tu tak sihat.Kalau tak tahan sakit,boleh minta sapukan ubat bius tapi tak pasti kalau kat klinik kerajaan ada.Pasal bayaran,Cik T cuma bayar RM2 je.Murah,kan?So,apa tunggu lagi.Pergilah buat appointment dengan dentist.

Ok,tu aja tuk hari ni.Rajin-rajin tau jaga gigi.Jangan jaga penampilan luar je.Gigi pun kena jaga juga tau.

Friday, September 20, 2013

Resepi : Kuih Apam Smile Always

Hello-hello,
Wah,rajinnyer Cik T hari nie.Kali nie Cik T nak share resepi kuih apam.Taukan rupa kuih tu cam mana.

Bagi yang tak tau nielah dia rupa kuih apam.
Lama dah minta mak Cik T buat tapi permintaan sentiasa ditolak.Sebabnya,mak Cik T kena resepi tu guna ragi.So,Cik T bertekad nak buat juga.Cik T cari kat MyResipi.Dah jumpa resepi tu,Cik T pun ubahlah sikit sukatannya sebab kalau ikut resepi asal dapat buat sampai 30 biji.Mana larat nak habiskan.Nak buat pakai minum petang tu bukannya berjual...hehe..

Nie Kuih Apam Cik T.Cantik 'senyuman' apam nie


Rekahan kat kuih apam tu orang panggil senyum.Tulah nama resepi nie Apam Smile Always.
Bahan-bahan:
  • 1 cawan Tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula 
  • 50 ml air aiskrim soda (guna F&N.Guna sprite atau 7up pun ok tapi sedap lagi guna F&N)
  • 1 sudu kecil esen rose/vanilla
  • 1 sudu kecil ovallet
  • beberapa pewarna
Cara-cara:
  1. Pukul gula,telur dan ovallet sampai adunan tadi bertanduk.Kalau adunan tak bertanduk,nanti apam tak senyum.
  2. Lepas tu masukkan tepung yang telah diayak lalu masukkan air aiskrim soda tadi.Kacau lagi.
  3. Then,bahagikan adunan ke beberapa bahagian.Kalau buat dua warna,bahagi 2.Lepas campur tu,masukkanlah adunan tadi ke dalam acuan yang dah disapu minyak.
  4. Letak dalam pengukus yang sudah dipanaskan dan kukus selama 10-15 minit.Kejap je kan.Boleh terus  ngap.huhu
Kalau dah rasa cam boring dengan corak yang simple-simple je tu.Boleh gak cuba buat polkadot ke ladybird ke...kalau rajin time tu.
Apam Polkadot (Google)

Selamat Mencuba.




Resepi: Biskut Coklat



Hello,readers.Salam Sejahtera.Lama tak update blog.Busy buat kuih..hehe..Ok.Hari ni Cik T nak share resepi tuk cookies....Chocolate cookies.So,kepada penggemar coklat bersiap sedia untuk berperang di dapur..hehe.Resepi nie Cik T dapat dari MyResepi.Com.Cik T ubahsuai sikit.Sebabnya tepung tinggal sikit (lupa nak beli).

Ni rupa cookies Cik T.Rupa cookies tak berapa cantik cuz last minute letak serbuk coco.Lupa punya pasal.

Bahan-bahan (32 biji.Cik T guna sudu makan biar sama besar.Tu yang dapat 32 biji)

  • 125g Tepung Gandum
  • 1 biji telur
  • 45g mentega
  • 45g gula halus 
  • 40g gula perang
  • 3 sudu besar Serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 100g chocolate chips (nie Cik T tukar ke diced walnut memandangkan tu je yang ada)

Cara-cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
  2. masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung,baking soda dan coco powder yang telah diayak sedikit demi sedikit
  4. Selepas adunan tadi sebati,masukkan choc.chips.Uli lagi
  5. Bila dah puas hati dengan campuran choc.chip tu.Kita Bulat-bulatkanlah.Cik T sukat guna sudu makan.Takut nanti ada yang besar ada yang kecik.Nanti tak masak pula biskut nie.Lepas tu,tekan dengan garpu.Cik T tekan guna tangan.
  6. Dah selesai tu,masukkanlah dalam oven yang bersuhu 160C selama 15-20 minit.Bergantung dengan oven.Dengan Cik T jenis lama punya oven.

Hari ni chocolate cookies.Esok lusa Cik T share resepi biskut lain pulak.Ok,Selamat Mencuba.

Update:Homemade Ice-Cream resepi

Nie aiskrim dragon fruit (buah dari kebun kat halaman rumah).Colornya cantik.Purple....tambah sprinkle lagi.

Tuesday, August 27, 2013

Aku Bukan Tomboy

Helo-helo dan Salam Sejahtera semua....

Long time no update...Hahaha,lappy Cik T meragam tu yang lama tak check-check blog nie...hehe..

Kenapa title hari ni "Aku Bukan Tomboy"?Macam tajuk cerita yang Scha Alyahya jadi tomboy tu,kan....Lebih kurang jugaklah cerita yang Cik T nak sampaikan hari ni dengan cerita filem tu.

Ok,first of all Cik T nak bagitau Cik T dah gunting rambut Cik T yang sepanjang 18'' tu kepada sependek-pendek yang Cik T nak.Pendek mana?Boyish style gitu....faham..haha.Time gi salon dengan mummy yang ku sayangi.Tukang gunting rambut Cik T nie perempuan.So,dia tanya nak gunting macam mana.Cik T ni kalau nak pergi gunting rambut dalam masa beberapa hari sebelum tu Cik T search kat internet style yang macam mana Cik T nak.Mula-mula tu pikirlah dulu nak gunting sampai mana.Bila dah jumpa style yang korang nak downloadlah pic tu ke handphone ke print ke supaya senang nanti korang nak bagitau kat salon nanti.Ok,continue...Cik T pun tunjuklah gambar style yang Cik T nak.Reaksi Tukang gunting tu...PRICELESS.Kecoh tul.Diorang kata sayang rambut u cantik kenapa nak gunting pendek?Style laki lagik tu....Cik T disoal beberapa kali sebelum gunting rambut."Betul tak menyesal nanti?"..Cik T cakap memang takkan menyesal...Gunting punya gunting punya gunting...Rambut Cik T dah pendek.Bila diorang tengok muka Cik T dengan rambut baru...haha...Diorang puji Cik T."Wah,pandai kamu pilih.Cun style nie kat kamu.Nampak muda rupa kamu"....Hehe,nie style aku main tapis-tapis dulu tapi dalam hati nie kembang gak hidung bila orang puji kata nampak muda...hehe.Tambahan lagi cuaca panas cam senang nak handle sikit bila rambut pendek...
Macam nielah style rambut Cik T.Nie jugaklah pic yang Cik T tunjuk...Nie bukan rupa Cik T tau...

Time kecik-kecik dulu,maybe ada yang berambut pendek.Tu dulu,sekarang orang kalau nampak je perempuan berambut pendek perkataan yang keluar dari mulut tu memang "Tomboy".Cik T pun ada gak kawan yang jenis cam tu.Memang jenis yang tak nak dipanggil 'kakak' kena panggil abang gak.Tu barulah tomboy.Tapi macam kalau perempuan tu berambut pendek style boyish gitu tapi still feminine...Nak panggil tomboy jugak ke?

Baru je dalam minggu nie,Cik T dikatakan tomboy oleh seorang mamat nie time Cik T main badminton kat taman.Ya Tuhan,Cik T punyalah hairan dia panggil Cik T tomboy.Apakah?!....Mamat nie memang buta.Mulut tak ada insurans.Muka pun tak lawa...Ha,kan dah keluar kata-kata yang berbisa nie.Mana takye...Cik T siap pakai clip rambut berbentuk reben punyalah besar sebab rambut depan mengacau time main tu pun tak nampak.Sabar hati,bertenang...dia tak tau pasal fashion tu...Hehe..

My Favorite sunglasses...Ray Ban Aviators 
Bila nak berjalan hujung minggu yang lepas,adik Cik T yang bongsu kata kat Cik T yang Cik T nie nampak macam lelaki yang cantik pakai dress perempuan.Haha...Tambahan lagi kalau Cik T pakai cermin mata Ray Ban Aviators.Memang nampak Prettysome (Pretty + Handsome) gitu...Sememangnya Cik T bukan Tomboy malahan perempuan yang berambut pendek tak semestinya mereka nie tomboy apalagi kalau diorang pakai high heels,makeups,short dress,headband atau clip rambut yang girly gitu...

Perempuan berambut pendek nampak gorgeous tau.Gaya berambut boyish nie buatkan mereka nampak bergaya walaupuntime tu malas nak bergaya...hehe..


Ada gak style yang Undercut punya tu.Style nie memang Cik T akan cuba tapi bukan sekarang.Style nie perlu ada kebranian nak cukur kepala tu baru dapat buat style nie...


Tak salah kalau kita ikut trends,kan?Cuba tengok Stacy...Style rambut macam ni pun orang nak kritik.Susahnyer....Apa-apa pun Cik T puji dengan keberanian Stacy untuk mencuba style nie....Tak ramai perempuan yang nak cukur rambut diorang.Mahkotalah katakan....


Oklah,Apa-apa janganlah salah faham dengan kita yang berambut pendek ala-ala boyish nie.Kita bukan tomboy.Walaupun rambutku pendek tapi jiwa ragaku ini masih lagi feminine.Kepada yang nak gunting rambut pendek,cubalah.Jangan takut tapi style tu kenalah sesuai dengan rupa jugak baru nampak cun.







The End...Jom Makan Ice-Cream.

Tuesday, July 9, 2013

Tanam 'Anggur' Di Rumah...

Hello readers,
Well,kalau baca title kat atas.Yup,Cik T secara rasminyer menjadi 'petani moden' a.k.a penganggur.Huh,apa nak buat?Cik T bukan kena pecat tau.Cik T yang nak berhenti.Why?Kerana bos Cik T tu,dia tak bayar pun OT kitorang (Bukan Cik T je tau,banyak pekerja yang kena.Patutlah banyak vacancy).Dahlah kedekut,gaji kitorang nie pun tak pernah nak naik.Ada staff yang senior,kerja dah nak masuk 10 tahun tapi gaji masih gak dalam RM800 lebih.

Mula-mula,Cik T happy sangat sebab dapat kerja tu.Lagipun,kerja dia ok.Taklah memenatkan badan cuma memenatkan otak je (biasalah clerk).So,Cik T bertekad nak kerja kat sana lama dan bekerja dengan tekun
.
Pada masa tu,Cik T belum tau lagi perangai bos Cik T tu macam mana.Adalah pekerja part-time nie,dia nak berhenti.Sebelum dia berhenti,dia ada buat OT(overtime).Masa interview dulu,bos pun ada janji yang dia akan bayar OT sekali tapi indah khabar dari rupa.Bila orang nak berhenti je,adalah yang dikurangkan.Kalau dia kata nak korang OT,baik tak payah.Hujung bulan memang confirm tak dibayarnya OT tu.Contohnya,Cik T dah 2 kali dia tak bayar OT Cik T.Dah cukup baik tau Cik T nie bukan jenis yang nak mengamuk tapi nie dah lebih.Kitorang kerja penat-penat,boleh pulak dia buat cam tu.Lepas tu,makin berkuranglah pekerja kat situ.Asyik bertukar ganti je staff kat office tu.Akhirnya,tibalah giliran Cik T untuk mengucapkan Selamat Tinggal....Hehe....Siapa yang tak susah hati bila tengok pekerja makin kurang.Tulah kalau ada pekerja tu,layan dengan baik.Semua orang nak cari rezeki.Daripada kerja lama kat sana bertahun-tahun gaji pun tak naik,lebih baik Cik T cari kat tempat lain.Kerja memang ok,Cik T suka tapi kalau bos pun perangai dah mengalahkan Haji Bakhil baik tak payah buka company.
Sebelum berhenti,Cik T ada ikut beberapa interview kat tempat lain.Sampai sekarang pun Cik T masih lagi mencari dan menunggu untuk ditemuduga.Susah gak nak cari kerja sekarang.Kebanyakkan kawan Cik T pun banyak yang mengganggur.Ada yang dah habis belajar kat U pun,still tak dapat kerja.So,Cik T duduk kat rumah jelah buat masa.Jadi suri rumah gantikan tempat mak Cik T sambil tu cari kerja kat newspaper takpun  secara online.
Ada gak terpikir nak cari kat tempat lain selain Bintulu nie.Berhijrahlah kononnyer.Manalah tau,rezeki Cik T bukan kat sini.Tapi,orang tua Cik T agak was-was nak lepaskan Cik T.Yalah,Cik T anak perempuan tunggal diorang tapi Cik T dah besar dan nak cuba nasib kat negeri orang juga.Huh,kita tunggu dan lihat jelah sambil-sambil teruskan mencari.Nak gak bekerja dari rumah je...hehe..Ade ke cam tu?Apa-apapun,berdoalah ye untuk Cik T moga-moga mendapat kerja yang baik secepat mungkin.

P/S:Sebelum korang berhenti kerja,baik korang cari dulu kerja kat mana-mana.Kalau dah confirm dapat,barulah korang say Goodbye kat bos korang.

Friday, June 21, 2013

Resepi :Homemade Ice-Cream


Hello readers,

Ha,hari nie Cik T nak share satu resepi yang memang korang nak buat punyalah.Resepi nie Cik T dapat dari blog Cik Epal .Semua minat aiskrim,kan?So,jom kita buat aiskrim sendiri.Nie bukan aiskrim yang 20 sen tu tau.Nie yang macam Baskin Robin tu,yang berkrim tu.Hah,tak rugi kalau mencuba resepi.Ok,jom kita mulakan.




BAHAN-BAHAN:


  • *1 tin SUSU CAIR
  • *1/2 tin SUSU PEKAT (letak suku je pun boleh.Bergantunglah dengan citarasa korang.Kalau nak tak nak manis,kurangkan.Kalau Cik T,Cik T letak 3-5 sudu besar je)
  • *1 biji TELUR
  • *1 sudu besar OVALETT
  • *1 sudu kecil ESEN VANILLA (kalau buat aiskrim vanilla,lebihkan sikit esen tu)


UNTUK FLAVOR: 
  • Kalau nak choc,guna serbuk koko ataupun milo (kalau nak color dia gelap,letak banyak-banyak sampai color dia memuaskan hati anda)
  • Kalau nak perisa buah tu,ambil isi/jus je.Then,campur dengan bahan tadi tu sampai isi buah tu hancur/sebati.

CARA-CARA:
  1. Masukkan kesemua yang bertanda * tu ke dalam mangkuk adunan dan kacau selama 15-20 minit atau sehingga ianya pekat likat.
  2. Lepas tu,baru masukkan flavor yang korang nak dan kacau lagi.Kalau dengan Cik T tadi oreo.Kalau korang nak prisa oreo,korang kena tumbuk dulu biskut tu sampai hancur.Cik T hancurkan pakai penguling doh tu...Dapat release tension time buat,kan...
Selepas itu,campurkan biskut tu tadi dengan cream sampai sebati.Then,tuang ke dalam container aiskrim.Barulah simpan dalam peti ais.

 
*Kalau nak letak almond cincang ke choc.rice ke kurma ke kat atas aiskrim tu pun boleh juga.Ikut kreativiti korang.Ha,kalau buat ikut resepi nie,aiskrim korang buat cukup untuk container 1.5 l.Kalau nak buat banyak,doublekan je bahan-bahan tadi.



Ok,sampai sini untuk resepi hari ni.SELAMAT MENCUBA!!!!

UPDATE:Kalau campur semua bahan tu dengan blender,texture aiskrim tu lagi cantik.

Monday, May 13, 2013

'No Poo' Method:Rambut cantik dengan Baking Soda & ACV

Hi dan Salam Sejahtera,

Lamanyer Cik T tak update blog nie.Bersawang dah...hehe..Ok,hari nie Cik T nak share something yang memang mujarab bagi Cik T sebab Cik T dah try.

Ada baca title kat atas,kan?'No Poo' tu maksudnya ialah no shampoo.Cik T dah try remedy nie dan ianya sememang awesome.Dengan 'no poo' pun,tak payah cuci rambut selalu.O,jangan salah faham ye.Ini tak bermaksud mencuci rambut menggunakan air sahaja memandangkan 'no poo' bermaksud tidak menggunakan syampu.Sebenarnya,Cik T mencuci rambut Cik T dengan hanya menggunakan Baking Soda dan Apple Cider Vinegar (ACV).

Apa?Guna baking Soda dan ACV je?Betul,ke?

Kenapa?Tak percaya ke?Ini betullah.Mesti tak percayakan.Barang-barang yang terdapat kat dapur kita tak semesti untuk kegunaan memasak je.Ada banyak kegunaannya.Lagipun,senang nak dapat dan murah.

Pada mulanya,Cik T hanya saja-saja je nak try tapi lama-kelamaan Cik T pun teruskan aja menggunakan remedy nie.Bagus untuk anda sendiri kerana  syampu yang ada dipasaran tak baik untuk kita.Faham-faham jelah,bahan kimia apa ntah dalam syampu tu.Kita pun tak tau.

Kenapa Menggunakan 'No Poo' Method adalah baik untuk rambut kita?

Adalah penting untuk mengingatkan yang semasa meggunakan method nie,rambut anda akan mengalami 'adjustment period'.Selepas rambut dan kulit kepala anda menerima perubahan,hasilnya ialah:
  • rambut kurang berminyak
  • lebih bersinar
  • kurang frizz dan fly-away hair
  • selamat untuk yang mewarnakan rambut
  • bagus untuk mereka yang ada uban
  • bagi sesetengah orang,dapat juga melebatkan rambut.

Bagaimana nak mencuci rambut menggunakan method nie?

Senang je.Gunakan baking soda untuk menghilangkan kotoran dan minyak dari akar dan kulit kepala. Gunakan cuka bilas seperti conditioner mengikut panjang rambut anda. Terdapat dua kaedah asas untuk melakukan ini. Cik T telah mencuba kedua-duanya dengan kejayaan. Kaedah kegemaran Cik T ialah Kaedah Pertama. Cik T bermula dengan Kaedah Kedua sebelum beralih ke Kaedah Pertama.
Contoh bagi Apple Cider Vinegar
Contoh bagi Baking Soda


Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:

  • Baking Soda
  • Apple Cider Vinegar
  • air
  • bekas botol syampu
  • spray bottle
Itu je.

'No Poo' Kaedah yang Pertama:


  1. Create a solution of baking soda and water – 1 TBS of baking soda to 1 cup of water.Use distilled (not boiled) if you have hard water. Make sure the baking soda (bs) has completely dissolved. The solution should feel slippery in your hands (if it doesn’t add another TBS of baking soda). Store in squeeze bottle
  2. Create a solution of vinegar and water – 2 TBS of vinegar to 1 cup of water. Shake to combine. Store in spray bottle
  3. WASH: In the shower, wet hair and using the pointed tip of the bottle, apply the baking soda solution to the roots of your hair and massage into your scalp with your fingertips using a circular motion.  DO NOT apply to the entire length of your hair. Leave on till it starts to feel “slippery”. Leave on while you finish bathing then rinse WELL.
  4. CONDITION: Spray the vinegar/water solution on the length of your hair, focusing on the ends. Leave this on for a a min or so before rinsing.
Note:Rambut tidak akan berbau lagi setelah ianya kering.So,Don't worry.

'No Poo' Kaedah yang Kedua:

  1. Keep a small plastic container with a tight fitting lid full of baking soda in your shower.
  2. Wet hair really well.
  3. Scoop out about 1 TBS of baking soda (eye ball it) into your palm – your hands are already wet so the baking soda starts to turn into a paste right there in your hands.
  4. WASH: Get as much of the paste onto your fingertips and drive those tips right into your hair at the roots and massage your scalp really well. DO NOT apply to the entire length of your hair. Continue this over your entire head. You may need to grab some more baking soda to do the back of your head if your hair is really thick.
  5. Allow the baking soda to sit on your hair while you wash the rest of you.
  6. Check your roots ... it should feel slippery and all if not 90% of the dissolved baking soda Should be (very little, if no gritty feeling at all).
  7. Rinse WELL.
  8. CONDITION: Spray the vinegar / water solution on the length of your hair, Focusing on the ends. Let sit for a minute Then Rinse.

Note:Rambut tidak akan berbau lagi setelah ianya kering.So,Don't worry.

Semasa Cik T start guna 'no poo' nie,rambut Cik T tak dapat disikat langsung.Kusut giler.Menurut blog-blog yang Cik T dah survey,memang macam tu pada mulanya.Sebab tu,dicadangkan untuk mengikat rambut atau guna topi ketika keluar rumah.Tapi,selepas hampir tiga minggu (Cik T cuci rambut 2-3 kali seminggu lepas guna 'No Poo'),rambut Cik T mula senang diurus.Lebih bersinar dari dulu dan tak payah buang duit tuk beli syampu kat pasar.Tambahan lagi,ianya bahan mesra alam..hehe..

Bagi yang nak try tu,Cik T cadangkan korang guna Kaedah Pertama tu dulu.Kalau dah rasa selesa,baru beralih ke Kaedah Kedua.Untuk menggunakan kaedah ni,korang kenalah bersabar ye sepanjang 'adjustment period' tu.Berbaloi tau.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang 'No Poo' Method nie,korang boleh cari kat internet.Taip je kat Google tu-No Poo Method.

Ok,Sebenarnya ada banyak kegunaan Baking Soda dan ACV nie tapi lain kali Cik T akan update.Hari nie cukup untuk 'No Poo' method dulu.Letih menaip,Cik T pun copy&paste je.Jumpa lagi di post seterusnya.

Tuesday, April 9, 2013

Anugerah Bintang Popular 2012 (ABP 2012)

Hai dan Salam 1Malaysia,


Hah,ada sesiapa yang tengok Anugerah Bintang Popular tak hari tu?Cik T tengok.Hehehe...Itupun Cik T hampir terlupa.Nasib baik adik Cik T tukar channel kalau tak confirm menangis tak sudah sebab tak tengok.

Pada mulanya Cik T ingat konsep kali nie ialah bertemakan K-pop.Tekaan Cik T salah,rupa-rupanyer bertemakan Ledakan Geometri.Hah,yang paling best sekali ialah pengacara malam tu memang best giler.Bukan Faizal Ismail tau tapi Jozan dan Fara Fauzana.Ada je lawak dibuat oleh Jozan.Yang paling Cik T tak sangka,Melissa Francis pun menang anugerah juga.Anugerah Artis Wanita Stailo.WOW....

Melissa Francis

Siapa Melissa Francis tu?Hah,nie yang nak bagitau nie.Melissa Francis tu ialah penyanyi dari negeri Sarawak.Penyanyi yang berusia 27 tahun ini amat popular sekali dikalangan rakyat Sarawak terutama sekali masysrakat Iban.Cik T sendiri pun terkejut juga bila tengok Melissa Francis yang menang.Yelah,kan ke artis di Sarawak terutamanya artis Iban jarang sekali mendapat anugerah yang berprestij seperti ABP ni.Apa-apa pun,Cik T berbangga sangat sebab akhirnya ada gak artis Iban yang dicalonkan di ABP ni.Yang turut tercalon dalam Kategori Artis Wanita Stailo nie bukan calang-calang orang tau.Mereka ialah Yana Samsudin,Nora Danish,Lisa Surihani ,dan Stacy.Tak sangka betul Cik T bila tengok nama-nama yang dicalonkan.Saya bangga menjadi Sarawakian.Hahaha....Tahniah untuk Melissa Francis.

Didie Alias,Lady Gaga Malaysia

Ada lagi,dalam kategori Artis Asia paling popular,yang tercalon ialah Aaron Aziz,Shila Amzah,Bigbang,Super Junior ,dan Zizan Razak.Hah,nak tau sapa yang menang?Sudah tentu bukannya Kumpalan Bigbang tetapi.....ZIZAN RAZAK yang menang.Cik T pun ingat Bigbang yang akan menang.Biasalah,Cik T nie pun VIP jugak tau.Tapi,Tahniah untuk Zizan juga sebab berjaya mengalahkan Bigbang dan Super Junior.Confirm hidung tu bertambah besar nanti.Hehehe.....

Che Ta dengan Zain Saidin siap berpegangan tangan lagi tu.


Kumpulan Search telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.Tahniah untuk kumpulan Search.Nabila Huda,anak kepada Amy Search jugak turut menang Anugerah Pelakon TV Wanita Popular.

Kumpulan Search 
Hah,yang menang Anugerah Bintang Paling Popular 2012 ialah Shaheizy Sam.Tahniah...You are the Best.

Shaheizy Sam



P/S: Patutnyer Cik T post nie semalam tapi ada je yang menganggu.Memburukkan lagi keadaan,Kawasan perumahan Cik T blackout.Huh....



Thursday, April 4, 2013

Novel Review : Cinta Untuk Disewa

Hi dan Salam 1Malaysia,

Hari nie,Cik T nak buat review pasal novel.Novel nie baru semalam Cik T habis baca.Best giler novel nie.Lagipun,Cik T memang tunggu novel nie dipasaran sejak Cik T baca karya yang sebelumnya iaitu Juara Carta Cinta.Hah,novel Juara Carta Cinta tu lain kalilah Cik T cerita,k.Ok,jom kita mulakan review ini.



Tajuk: Cinta Untuk Disewa
Penulis: Lynn Dayana
Harga: SM RM23/ SS RM26

Menasihati orang tu memang mudah,kan?Itulah yang berlaku kepada ANIS SOFIA.Anis merupakan Doktor Cinta kepada rakan-rakannya dan mereka yang memerlukan pertolongannya.Kes-kes yang diberikan kepada Anis pasti tak pernah gagal.Namun,masalah cinta sendiri tidak dapat diselesaikannya.Hinggakan dia mengibar bendera putih tanda menyerah kalah.Huh,menasihati orang bukan main tapi diri-sendiri pula tidak terurus,keluh hatinya.

Masalah pertamanya ialah ISKANDAR.Iskandar nie merupakan salah sorang daripada sahabat baik Anis.Apa masalah si Is nie dengan Anis?Is nie takde apa-apa masalah pun dengan Anis.Cuma Anis nie,dia dah jatuh cinta pula kat si Is nie dan Is pula tak tahu pun yang Anis nie suka kat dia.Yelah,Anis tak bagitau sebab takut akan merosakkan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin.Menambahkan lagi parah dihati,Is dah pun mempunyai buah hati.Bertepuk sebelah tanganlah Anis nie.Argh,parahnyer hati.

Kekadang geram gak dengan si Is nie.Huh,tapi apa boleh buat.Dah si Anis nie pula pendamkan saja perasaan tu.Siapalah yang tak pernah jatuh cinta dengan best friend sendirikan?Cik T sendiri pun pernah.Memang rasa tu menyakitkan hati.Menambahkan lagi pedih dihati,dia dah berpunya.Ok,tutup kes tu.Kita masuk ke masalah kedua pula.


Masalah yang ke-2 ialah KAMARUL BAHRAIN atau lebih mesra dipanggil Kamal ataupun KB.Hati Anis mula terpaut kat mamat nie tapi Anis seperti menafikan saja tentang hal tu.Ini kerana,Maryam,sahabat si Jenny(kawan baik Anis dan kembar Is) meminta pertolongan dari Doktor cinta ini untuk menyiasat lelaki bernama Kamarul nie yang dimana akan menjadi tunang Maryam atas desakan keluarga.Si Kamarul pula,hatinya juga turut terpaut pada Anis dan tidak kepada Maryam yang bersifat kebudak-budakan baginya.Namun,ada sesuatu yang masih menjadi rahsia tentang lelaki nie yang menjadi persoalan kepada Anis.Kenapa Kamarul meninggalkan PDRM?Disebabkan itu juga,Kamarul ingin menjauhkan diri dari Anis.Tapi,setelah bermain tarik tali dengan Anis.Anis pula ditinggalkan tanpa jawapan.

Huh,lelaki macam Kamarul niekan boleh buat Cik T jadi geram tau.Yelah,dia yang mulakan langkah untuk memikat.Lepas hampir je nak kena pancing tu tetiba dia menjauhkan diri.Tambahan lagi,si Maryam tu.Eee..,memang ada masalah jiwa betullah minah sorang tu.Kalau nak tau kenapa.BACA SENDIRI.



Masalah yang ke-3 pula ialah ASHRAF HADI.Ashraf nie merupakan bekas klien Anis.Pada mulanya,si Ashraf nie boleh dikategorikan sebagai lelaki yang cerewet sangat-sangat.Selepas meminta pertolongan dari Anis dan kesnya selesai,Ashraf mula berubah perangai.Dari orang yang menjengkelkan kepada yang menyenangkan.Anis menjadi pelik.Bukan sahaja perangai malah hati juga turut berubah kerana Ashraf mula jatuh cinta kat Anis.Tapi,Anis pula pada masa tu suka kat Kamarul.Jadi,Anis terpaksa menolak dengan cara yang baik tapi Ashraf tetap tidak berputus asa dan akan tetap meneruskan niatnya untuk menjadi penghuni dihati Anis walaupun pada masa tu hati Anis telah pun dimiliki orang.

Mamat yang sorang nie pula macam tak reti bahasa je.Tapi,Ashraf nie perangai dia baik elok budi bahasanya.Walaupun cinta ditolak,taklah dia sampai nak guna cara yang jahat,yang tak elok kat si Anis.Lelaki macam Ashraf nie memang patut dipuji.Kalau nak pikat hati si dia,kenalah guna cara yang elok.Bukannya guna cara yang tak elok,macam guna minyak dagu dan yang lain-lainlah.Hurm,baik budak nie.Boleh jadi calon bakal suami.Hehehe...

Pening kepala Anis nak pilih yang mana satu.Masalah-masalah.Agak-agaknyer,Siapa yang akan menjadi penghuni kekal dihati Anis,ye?Kalau nak tahu,bacalah novel nie.Kalau kekawan ada,pinjam.Kalau tak ada,beli kat kedai.



Pendek cerita,novel nie memang MELETOP.Kalau novel ni diorang buat drama,confirm lagi best.Cik T mesti kan jadi penonton setia.Baca novel nie pun dah membuatkan Cik T terguling-guling dan tersenyum sendiri.Haha....Cik T masih waras lagi.Don't worry.Ok,sampai sini jelah review kita.Ada novel yang best nanti,tahu-tahulah Cik T kongsikan bersama dengan korang yang kaki novel tu. Hingga bertemu lagi di'post' seterusnyer.