Tuesday, April 9, 2013

Anugerah Bintang Popular 2012 (ABP 2012)

Hai dan Salam 1Malaysia,


Hah,ada sesiapa yang tengok Anugerah Bintang Popular tak hari tu?Cik T tengok.Hehehe...Itupun Cik T hampir terlupa.Nasib baik adik Cik T tukar channel kalau tak confirm menangis tak sudah sebab tak tengok.

Pada mulanya Cik T ingat konsep kali nie ialah bertemakan K-pop.Tekaan Cik T salah,rupa-rupanyer bertemakan Ledakan Geometri.Hah,yang paling best sekali ialah pengacara malam tu memang best giler.Bukan Faizal Ismail tau tapi Jozan dan Fara Fauzana.Ada je lawak dibuat oleh Jozan.Yang paling Cik T tak sangka,Melissa Francis pun menang anugerah juga.Anugerah Artis Wanita Stailo.WOW....

Melissa Francis

Siapa Melissa Francis tu?Hah,nie yang nak bagitau nie.Melissa Francis tu ialah penyanyi dari negeri Sarawak.Penyanyi yang berusia 27 tahun ini amat popular sekali dikalangan rakyat Sarawak terutama sekali masysrakat Iban.Cik T sendiri pun terkejut juga bila tengok Melissa Francis yang menang.Yelah,kan ke artis di Sarawak terutamanya artis Iban jarang sekali mendapat anugerah yang berprestij seperti ABP ni.Apa-apa pun,Cik T berbangga sangat sebab akhirnya ada gak artis Iban yang dicalonkan di ABP ni.Yang turut tercalon dalam Kategori Artis Wanita Stailo nie bukan calang-calang orang tau.Mereka ialah Yana Samsudin,Nora Danish,Lisa Surihani ,dan Stacy.Tak sangka betul Cik T bila tengok nama-nama yang dicalonkan.Saya bangga menjadi Sarawakian.Hahaha....Tahniah untuk Melissa Francis.

Didie Alias,Lady Gaga Malaysia

Ada lagi,dalam kategori Artis Asia paling popular,yang tercalon ialah Aaron Aziz,Shila Amzah,Bigbang,Super Junior ,dan Zizan Razak.Hah,nak tau sapa yang menang?Sudah tentu bukannya Kumpalan Bigbang tetapi.....ZIZAN RAZAK yang menang.Cik T pun ingat Bigbang yang akan menang.Biasalah,Cik T nie pun VIP jugak tau.Tapi,Tahniah untuk Zizan juga sebab berjaya mengalahkan Bigbang dan Super Junior.Confirm hidung tu bertambah besar nanti.Hehehe.....

Che Ta dengan Zain Saidin siap berpegangan tangan lagi tu.


Kumpulan Search telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.Tahniah untuk kumpulan Search.Nabila Huda,anak kepada Amy Search jugak turut menang Anugerah Pelakon TV Wanita Popular.

Kumpulan Search 
Hah,yang menang Anugerah Bintang Paling Popular 2012 ialah Shaheizy Sam.Tahniah...You are the Best.

Shaheizy Sam



P/S: Patutnyer Cik T post nie semalam tapi ada je yang menganggu.Memburukkan lagi keadaan,Kawasan perumahan Cik T blackout.Huh....



No comments:

Post a Comment