Thursday, April 4, 2013

Novel Review : Cinta Untuk Disewa

Hi dan Salam 1Malaysia,

Hari nie,Cik T nak buat review pasal novel.Novel nie baru semalam Cik T habis baca.Best giler novel nie.Lagipun,Cik T memang tunggu novel nie dipasaran sejak Cik T baca karya yang sebelumnya iaitu Juara Carta Cinta.Hah,novel Juara Carta Cinta tu lain kalilah Cik T cerita,k.Ok,jom kita mulakan review ini.



Tajuk: Cinta Untuk Disewa
Penulis: Lynn Dayana
Harga: SM RM23/ SS RM26

Menasihati orang tu memang mudah,kan?Itulah yang berlaku kepada ANIS SOFIA.Anis merupakan Doktor Cinta kepada rakan-rakannya dan mereka yang memerlukan pertolongannya.Kes-kes yang diberikan kepada Anis pasti tak pernah gagal.Namun,masalah cinta sendiri tidak dapat diselesaikannya.Hinggakan dia mengibar bendera putih tanda menyerah kalah.Huh,menasihati orang bukan main tapi diri-sendiri pula tidak terurus,keluh hatinya.

Masalah pertamanya ialah ISKANDAR.Iskandar nie merupakan salah sorang daripada sahabat baik Anis.Apa masalah si Is nie dengan Anis?Is nie takde apa-apa masalah pun dengan Anis.Cuma Anis nie,dia dah jatuh cinta pula kat si Is nie dan Is pula tak tahu pun yang Anis nie suka kat dia.Yelah,Anis tak bagitau sebab takut akan merosakkan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin.Menambahkan lagi parah dihati,Is dah pun mempunyai buah hati.Bertepuk sebelah tanganlah Anis nie.Argh,parahnyer hati.

Kekadang geram gak dengan si Is nie.Huh,tapi apa boleh buat.Dah si Anis nie pula pendamkan saja perasaan tu.Siapalah yang tak pernah jatuh cinta dengan best friend sendirikan?Cik T sendiri pun pernah.Memang rasa tu menyakitkan hati.Menambahkan lagi pedih dihati,dia dah berpunya.Ok,tutup kes tu.Kita masuk ke masalah kedua pula.


Masalah yang ke-2 ialah KAMARUL BAHRAIN atau lebih mesra dipanggil Kamal ataupun KB.Hati Anis mula terpaut kat mamat nie tapi Anis seperti menafikan saja tentang hal tu.Ini kerana,Maryam,sahabat si Jenny(kawan baik Anis dan kembar Is) meminta pertolongan dari Doktor cinta ini untuk menyiasat lelaki bernama Kamarul nie yang dimana akan menjadi tunang Maryam atas desakan keluarga.Si Kamarul pula,hatinya juga turut terpaut pada Anis dan tidak kepada Maryam yang bersifat kebudak-budakan baginya.Namun,ada sesuatu yang masih menjadi rahsia tentang lelaki nie yang menjadi persoalan kepada Anis.Kenapa Kamarul meninggalkan PDRM?Disebabkan itu juga,Kamarul ingin menjauhkan diri dari Anis.Tapi,setelah bermain tarik tali dengan Anis.Anis pula ditinggalkan tanpa jawapan.

Huh,lelaki macam Kamarul niekan boleh buat Cik T jadi geram tau.Yelah,dia yang mulakan langkah untuk memikat.Lepas hampir je nak kena pancing tu tetiba dia menjauhkan diri.Tambahan lagi,si Maryam tu.Eee..,memang ada masalah jiwa betullah minah sorang tu.Kalau nak tau kenapa.BACA SENDIRI.



Masalah yang ke-3 pula ialah ASHRAF HADI.Ashraf nie merupakan bekas klien Anis.Pada mulanya,si Ashraf nie boleh dikategorikan sebagai lelaki yang cerewet sangat-sangat.Selepas meminta pertolongan dari Anis dan kesnya selesai,Ashraf mula berubah perangai.Dari orang yang menjengkelkan kepada yang menyenangkan.Anis menjadi pelik.Bukan sahaja perangai malah hati juga turut berubah kerana Ashraf mula jatuh cinta kat Anis.Tapi,Anis pula pada masa tu suka kat Kamarul.Jadi,Anis terpaksa menolak dengan cara yang baik tapi Ashraf tetap tidak berputus asa dan akan tetap meneruskan niatnya untuk menjadi penghuni dihati Anis walaupun pada masa tu hati Anis telah pun dimiliki orang.

Mamat yang sorang nie pula macam tak reti bahasa je.Tapi,Ashraf nie perangai dia baik elok budi bahasanya.Walaupun cinta ditolak,taklah dia sampai nak guna cara yang jahat,yang tak elok kat si Anis.Lelaki macam Ashraf nie memang patut dipuji.Kalau nak pikat hati si dia,kenalah guna cara yang elok.Bukannya guna cara yang tak elok,macam guna minyak dagu dan yang lain-lainlah.Hurm,baik budak nie.Boleh jadi calon bakal suami.Hehehe...

Pening kepala Anis nak pilih yang mana satu.Masalah-masalah.Agak-agaknyer,Siapa yang akan menjadi penghuni kekal dihati Anis,ye?Kalau nak tahu,bacalah novel nie.Kalau kekawan ada,pinjam.Kalau tak ada,beli kat kedai.



Pendek cerita,novel nie memang MELETOP.Kalau novel ni diorang buat drama,confirm lagi best.Cik T mesti kan jadi penonton setia.Baca novel nie pun dah membuatkan Cik T terguling-guling dan tersenyum sendiri.Haha....Cik T masih waras lagi.Don't worry.Ok,sampai sini jelah review kita.Ada novel yang best nanti,tahu-tahulah Cik T kongsikan bersama dengan korang yang kaki novel tu. Hingga bertemu lagi di'post' seterusnyer.

No comments:

Post a Comment