Friday, June 21, 2013

Resepi :Homemade Ice-Cream


Hello readers,

Ha,hari nie Cik T nak share satu resepi yang memang korang nak buat punyalah.Resepi nie Cik T dapat dari blog Cik Epal .Semua minat aiskrim,kan?So,jom kita buat aiskrim sendiri.Nie bukan aiskrim yang 20 sen tu tau.Nie yang macam Baskin Robin tu,yang berkrim tu.Hah,tak rugi kalau mencuba resepi.Ok,jom kita mulakan.




BAHAN-BAHAN:


  • *1 tin SUSU CAIR
  • *1/2 tin SUSU PEKAT (letak suku je pun boleh.Bergantunglah dengan citarasa korang.Kalau nak tak nak manis,kurangkan.Kalau Cik T,Cik T letak 3-5 sudu besar je)
  • *1 biji TELUR
  • *1 sudu besar OVALETT
  • *1 sudu kecil ESEN VANILLA (kalau buat aiskrim vanilla,lebihkan sikit esen tu)


UNTUK FLAVOR: 
  • Kalau nak choc,guna serbuk koko ataupun milo (kalau nak color dia gelap,letak banyak-banyak sampai color dia memuaskan hati anda)
  • Kalau nak perisa buah tu,ambil isi/jus je.Then,campur dengan bahan tadi tu sampai isi buah tu hancur/sebati.

CARA-CARA:
  1. Masukkan kesemua yang bertanda * tu ke dalam mangkuk adunan dan kacau selama 15-20 minit atau sehingga ianya pekat likat.
  2. Lepas tu,baru masukkan flavor yang korang nak dan kacau lagi.Kalau dengan Cik T tadi oreo.Kalau korang nak prisa oreo,korang kena tumbuk dulu biskut tu sampai hancur.Cik T hancurkan pakai penguling doh tu...Dapat release tension time buat,kan...
Selepas itu,campurkan biskut tu tadi dengan cream sampai sebati.Then,tuang ke dalam container aiskrim.Barulah simpan dalam peti ais.

 
*Kalau nak letak almond cincang ke choc.rice ke kurma ke kat atas aiskrim tu pun boleh juga.Ikut kreativiti korang.Ha,kalau buat ikut resepi nie,aiskrim korang buat cukup untuk container 1.5 l.Kalau nak buat banyak,doublekan je bahan-bahan tadi.



Ok,sampai sini untuk resepi hari ni.SELAMAT MENCUBA!!!!

UPDATE:Kalau campur semua bahan tu dengan blender,texture aiskrim tu lagi cantik.