Tuesday, July 9, 2013

Tanam 'Anggur' Di Rumah...

Hello readers,
Well,kalau baca title kat atas.Yup,Cik T secara rasminyer menjadi 'petani moden' a.k.a penganggur.Huh,apa nak buat?Cik T bukan kena pecat tau.Cik T yang nak berhenti.Why?Kerana bos Cik T tu,dia tak bayar pun OT kitorang (Bukan Cik T je tau,banyak pekerja yang kena.Patutlah banyak vacancy).Dahlah kedekut,gaji kitorang nie pun tak pernah nak naik.Ada staff yang senior,kerja dah nak masuk 10 tahun tapi gaji masih gak dalam RM800 lebih.

Mula-mula,Cik T happy sangat sebab dapat kerja tu.Lagipun,kerja dia ok.Taklah memenatkan badan cuma memenatkan otak je (biasalah clerk).So,Cik T bertekad nak kerja kat sana lama dan bekerja dengan tekun
.
Pada masa tu,Cik T belum tau lagi perangai bos Cik T tu macam mana.Adalah pekerja part-time nie,dia nak berhenti.Sebelum dia berhenti,dia ada buat OT(overtime).Masa interview dulu,bos pun ada janji yang dia akan bayar OT sekali tapi indah khabar dari rupa.Bila orang nak berhenti je,adalah yang dikurangkan.Kalau dia kata nak korang OT,baik tak payah.Hujung bulan memang confirm tak dibayarnya OT tu.Contohnya,Cik T dah 2 kali dia tak bayar OT Cik T.Dah cukup baik tau Cik T nie bukan jenis yang nak mengamuk tapi nie dah lebih.Kitorang kerja penat-penat,boleh pulak dia buat cam tu.Lepas tu,makin berkuranglah pekerja kat situ.Asyik bertukar ganti je staff kat office tu.Akhirnya,tibalah giliran Cik T untuk mengucapkan Selamat Tinggal....Hehe....Siapa yang tak susah hati bila tengok pekerja makin kurang.Tulah kalau ada pekerja tu,layan dengan baik.Semua orang nak cari rezeki.Daripada kerja lama kat sana bertahun-tahun gaji pun tak naik,lebih baik Cik T cari kat tempat lain.Kerja memang ok,Cik T suka tapi kalau bos pun perangai dah mengalahkan Haji Bakhil baik tak payah buka company.
Sebelum berhenti,Cik T ada ikut beberapa interview kat tempat lain.Sampai sekarang pun Cik T masih lagi mencari dan menunggu untuk ditemuduga.Susah gak nak cari kerja sekarang.Kebanyakkan kawan Cik T pun banyak yang mengganggur.Ada yang dah habis belajar kat U pun,still tak dapat kerja.So,Cik T duduk kat rumah jelah buat masa.Jadi suri rumah gantikan tempat mak Cik T sambil tu cari kerja kat newspaper takpun  secara online.
Ada gak terpikir nak cari kat tempat lain selain Bintulu nie.Berhijrahlah kononnyer.Manalah tau,rezeki Cik T bukan kat sini.Tapi,orang tua Cik T agak was-was nak lepaskan Cik T.Yalah,Cik T anak perempuan tunggal diorang tapi Cik T dah besar dan nak cuba nasib kat negeri orang juga.Huh,kita tunggu dan lihat jelah sambil-sambil teruskan mencari.Nak gak bekerja dari rumah je...hehe..Ade ke cam tu?Apa-apapun,berdoalah ye untuk Cik T moga-moga mendapat kerja yang baik secepat mungkin.

P/S:Sebelum korang berhenti kerja,baik korang cari dulu kerja kat mana-mana.Kalau dah confirm dapat,barulah korang say Goodbye kat bos korang.

No comments:

Post a Comment