Tuesday, August 27, 2013

Aku Bukan Tomboy

Helo-helo dan Salam Sejahtera semua....

Long time no update...Hahaha,lappy Cik T meragam tu yang lama tak check-check blog nie...hehe..

Kenapa title hari ni "Aku Bukan Tomboy"?Macam tajuk cerita yang Scha Alyahya jadi tomboy tu,kan....Lebih kurang jugaklah cerita yang Cik T nak sampaikan hari ni dengan cerita filem tu.

Ok,first of all Cik T nak bagitau Cik T dah gunting rambut Cik T yang sepanjang 18'' tu kepada sependek-pendek yang Cik T nak.Pendek mana?Boyish style gitu....faham..haha.Time gi salon dengan mummy yang ku sayangi.Tukang gunting rambut Cik T nie perempuan.So,dia tanya nak gunting macam mana.Cik T ni kalau nak pergi gunting rambut dalam masa beberapa hari sebelum tu Cik T search kat internet style yang macam mana Cik T nak.Mula-mula tu pikirlah dulu nak gunting sampai mana.Bila dah jumpa style yang korang nak downloadlah pic tu ke handphone ke print ke supaya senang nanti korang nak bagitau kat salon nanti.Ok,continue...Cik T pun tunjuklah gambar style yang Cik T nak.Reaksi Tukang gunting tu...PRICELESS.Kecoh tul.Diorang kata sayang rambut u cantik kenapa nak gunting pendek?Style laki lagik tu....Cik T disoal beberapa kali sebelum gunting rambut."Betul tak menyesal nanti?"..Cik T cakap memang takkan menyesal...Gunting punya gunting punya gunting...Rambut Cik T dah pendek.Bila diorang tengok muka Cik T dengan rambut baru...haha...Diorang puji Cik T."Wah,pandai kamu pilih.Cun style nie kat kamu.Nampak muda rupa kamu"....Hehe,nie style aku main tapis-tapis dulu tapi dalam hati nie kembang gak hidung bila orang puji kata nampak muda...hehe.Tambahan lagi cuaca panas cam senang nak handle sikit bila rambut pendek...
Macam nielah style rambut Cik T.Nie jugaklah pic yang Cik T tunjuk...Nie bukan rupa Cik T tau...

Time kecik-kecik dulu,maybe ada yang berambut pendek.Tu dulu,sekarang orang kalau nampak je perempuan berambut pendek perkataan yang keluar dari mulut tu memang "Tomboy".Cik T pun ada gak kawan yang jenis cam tu.Memang jenis yang tak nak dipanggil 'kakak' kena panggil abang gak.Tu barulah tomboy.Tapi macam kalau perempuan tu berambut pendek style boyish gitu tapi still feminine...Nak panggil tomboy jugak ke?

Baru je dalam minggu nie,Cik T dikatakan tomboy oleh seorang mamat nie time Cik T main badminton kat taman.Ya Tuhan,Cik T punyalah hairan dia panggil Cik T tomboy.Apakah?!....Mamat nie memang buta.Mulut tak ada insurans.Muka pun tak lawa...Ha,kan dah keluar kata-kata yang berbisa nie.Mana takye...Cik T siap pakai clip rambut berbentuk reben punyalah besar sebab rambut depan mengacau time main tu pun tak nampak.Sabar hati,bertenang...dia tak tau pasal fashion tu...Hehe..

My Favorite sunglasses...Ray Ban Aviators 
Bila nak berjalan hujung minggu yang lepas,adik Cik T yang bongsu kata kat Cik T yang Cik T nie nampak macam lelaki yang cantik pakai dress perempuan.Haha...Tambahan lagi kalau Cik T pakai cermin mata Ray Ban Aviators.Memang nampak Prettysome (Pretty + Handsome) gitu...Sememangnya Cik T bukan Tomboy malahan perempuan yang berambut pendek tak semestinya mereka nie tomboy apalagi kalau diorang pakai high heels,makeups,short dress,headband atau clip rambut yang girly gitu...

Perempuan berambut pendek nampak gorgeous tau.Gaya berambut boyish nie buatkan mereka nampak bergaya walaupuntime tu malas nak bergaya...hehe..


Ada gak style yang Undercut punya tu.Style nie memang Cik T akan cuba tapi bukan sekarang.Style nie perlu ada kebranian nak cukur kepala tu baru dapat buat style nie...


Tak salah kalau kita ikut trends,kan?Cuba tengok Stacy...Style rambut macam ni pun orang nak kritik.Susahnyer....Apa-apa pun Cik T puji dengan keberanian Stacy untuk mencuba style nie....Tak ramai perempuan yang nak cukur rambut diorang.Mahkotalah katakan....


Oklah,Apa-apa janganlah salah faham dengan kita yang berambut pendek ala-ala boyish nie.Kita bukan tomboy.Walaupun rambutku pendek tapi jiwa ragaku ini masih lagi feminine.Kepada yang nak gunting rambut pendek,cubalah.Jangan takut tapi style tu kenalah sesuai dengan rupa jugak baru nampak cun.







The End...Jom Makan Ice-Cream.

No comments:

Post a Comment