Friday, September 20, 2013

Resepi : Kuih Apam Smile Always

Hello-hello,
Wah,rajinnyer Cik T hari nie.Kali nie Cik T nak share resepi kuih apam.Taukan rupa kuih tu cam mana.

Bagi yang tak tau nielah dia rupa kuih apam.
Lama dah minta mak Cik T buat tapi permintaan sentiasa ditolak.Sebabnya,mak Cik T kena resepi tu guna ragi.So,Cik T bertekad nak buat juga.Cik T cari kat MyResipi.Dah jumpa resepi tu,Cik T pun ubahlah sikit sukatannya sebab kalau ikut resepi asal dapat buat sampai 30 biji.Mana larat nak habiskan.Nak buat pakai minum petang tu bukannya berjual...hehe..

Nie Kuih Apam Cik T.Cantik 'senyuman' apam nie


Rekahan kat kuih apam tu orang panggil senyum.Tulah nama resepi nie Apam Smile Always.
Bahan-bahan:
  • 1 cawan Tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula 
  • 50 ml air aiskrim soda (guna F&N.Guna sprite atau 7up pun ok tapi sedap lagi guna F&N)
  • 1 sudu kecil esen rose/vanilla
  • 1 sudu kecil ovallet
  • beberapa pewarna
Cara-cara:
  1. Pukul gula,telur dan ovallet sampai adunan tadi bertanduk.Kalau adunan tak bertanduk,nanti apam tak senyum.
  2. Lepas tu masukkan tepung yang telah diayak lalu masukkan air aiskrim soda tadi.Kacau lagi.
  3. Then,bahagikan adunan ke beberapa bahagian.Kalau buat dua warna,bahagi 2.Lepas campur tu,masukkanlah adunan tadi ke dalam acuan yang dah disapu minyak.
  4. Letak dalam pengukus yang sudah dipanaskan dan kukus selama 10-15 minit.Kejap je kan.Boleh terus  ngap.huhu
Kalau dah rasa cam boring dengan corak yang simple-simple je tu.Boleh gak cuba buat polkadot ke ladybird ke...kalau rajin time tu.
Apam Polkadot (Google)

Selamat Mencuba.




Resepi: Biskut Coklat



Hello,readers.Salam Sejahtera.Lama tak update blog.Busy buat kuih..hehe..Ok.Hari ni Cik T nak share resepi tuk cookies....Chocolate cookies.So,kepada penggemar coklat bersiap sedia untuk berperang di dapur..hehe.Resepi nie Cik T dapat dari MyResepi.Com.Cik T ubahsuai sikit.Sebabnya tepung tinggal sikit (lupa nak beli).

Ni rupa cookies Cik T.Rupa cookies tak berapa cantik cuz last minute letak serbuk coco.Lupa punya pasal.

Bahan-bahan (32 biji.Cik T guna sudu makan biar sama besar.Tu yang dapat 32 biji)

  • 125g Tepung Gandum
  • 1 biji telur
  • 45g mentega
  • 45g gula halus 
  • 40g gula perang
  • 3 sudu besar Serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 100g chocolate chips (nie Cik T tukar ke diced walnut memandangkan tu je yang ada)

Cara-cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
  2. masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung,baking soda dan coco powder yang telah diayak sedikit demi sedikit
  4. Selepas adunan tadi sebati,masukkan choc.chips.Uli lagi
  5. Bila dah puas hati dengan campuran choc.chip tu.Kita Bulat-bulatkanlah.Cik T sukat guna sudu makan.Takut nanti ada yang besar ada yang kecik.Nanti tak masak pula biskut nie.Lepas tu,tekan dengan garpu.Cik T tekan guna tangan.
  6. Dah selesai tu,masukkanlah dalam oven yang bersuhu 160C selama 15-20 minit.Bergantung dengan oven.Dengan Cik T jenis lama punya oven.

Hari ni chocolate cookies.Esok lusa Cik T share resepi biskut lain pulak.Ok,Selamat Mencuba.

Update:Homemade Ice-Cream resepi

Nie aiskrim dragon fruit (buah dari kebun kat halaman rumah).Colornya cantik.Purple....tambah sprinkle lagi.