Friday, September 20, 2013

Resepi: Biskut Coklat



Hello,readers.Salam Sejahtera.Lama tak update blog.Busy buat kuih..hehe..Ok.Hari ni Cik T nak share resepi tuk cookies....Chocolate cookies.So,kepada penggemar coklat bersiap sedia untuk berperang di dapur..hehe.Resepi nie Cik T dapat dari MyResepi.Com.Cik T ubahsuai sikit.Sebabnya tepung tinggal sikit (lupa nak beli).

Ni rupa cookies Cik T.Rupa cookies tak berapa cantik cuz last minute letak serbuk coco.Lupa punya pasal.

Bahan-bahan (32 biji.Cik T guna sudu makan biar sama besar.Tu yang dapat 32 biji)

  • 125g Tepung Gandum
  • 1 biji telur
  • 45g mentega
  • 45g gula halus 
  • 40g gula perang
  • 3 sudu besar Serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 100g chocolate chips (nie Cik T tukar ke diced walnut memandangkan tu je yang ada)

Cara-cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
  2. masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung,baking soda dan coco powder yang telah diayak sedikit demi sedikit
  4. Selepas adunan tadi sebati,masukkan choc.chips.Uli lagi
  5. Bila dah puas hati dengan campuran choc.chip tu.Kita Bulat-bulatkanlah.Cik T sukat guna sudu makan.Takut nanti ada yang besar ada yang kecik.Nanti tak masak pula biskut nie.Lepas tu,tekan dengan garpu.Cik T tekan guna tangan.
  6. Dah selesai tu,masukkanlah dalam oven yang bersuhu 160C selama 15-20 minit.Bergantung dengan oven.Dengan Cik T jenis lama punya oven.

Hari ni chocolate cookies.Esok lusa Cik T share resepi biskut lain pulak.Ok,Selamat Mencuba.

Update:Homemade Ice-Cream resepi

Nie aiskrim dragon fruit (buah dari kebun kat halaman rumah).Colornya cantik.Purple....tambah sprinkle lagi.

No comments:

Post a Comment