Sunday, October 27, 2013

Scaling Gigi

Hello,readers.Salam Sejahtera dari Cik T.

Baca kan title kat atas?
Mesti selalu dengar atau baca kat mana-mana blog,kan?Ok,memandangkan Cik T sendiri dah pergi buat scaling .Meh sini Cik T cerita sal scaling.

APA ITU SCALING?

Rawatan scaling ni sebenarnya bertujuan untuk membuat karang-karang gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) gigi disebabkan rokok,teh,kopi dan sebagainya.Tapi,mungkin ramai yang salah faham bila dah buat scaling ni,gigi akan jadi putih.Sebenarnya,scaling nie cuma buat kotoran degil yang ada kat celah-celah gigi.Bila dah buang semua tu,memang ada rasa perbezaannya.Kalau nak putihkan gigi tu,kena ambil rawatan whitening kan gigi tu.
Cik T mula nak pergi jumpa dentist bulan lepas.Itupun bila setiap kali Cik T berus gigi asyik keluar darah je.Bila check tengok ada karang.Dah lama dah benda tu ada,cuma tak ada hati nak gi klinik gigi.Bila dah teruk baru nak pergi (taklah teruk pun).Sebelum pergi tu,Cik T cari kat blog rawatan apa yang sesuai tuk buang karang gigi nie?Harga dia berapa?Kira buat survey dululah.

Dah berapa tahun entah tak jumpa dentist,baru sekarang nak jumpa.Kalau dulu masa sekolah rendah baru ada jumpa dentist yang ada kat sekolah time tu.Lagipun,gigi Cik T memang ok dari kecil lagi.Ini semua thanks to my parents yang memang tak beri langsung Cik T makan gula-gula dan minum air bergas waktu Cik T masih kecil.

So,Scaling ni Cik T decide nak buat kat klinik kerajaan je.Kalau buat kat swasta,mahal tu.Mana ada duit.Mula-mula,pergi jumpa doktor dan buat appointment.Bila tunggu hari appointment tu,memang ada rasa takut.Orang banyak cerita kat Cik T yang scaling tu sakitlah.Cik T biarkan je.

Time masuk ke bilik doktor gigi,diorang akan tanya pernah ke buat scaling sebelum ni?ada sakit gigi tak?Diorang memang ada bagitau yang bila scaling nie mungkin sakit.Kalau tak tahan,bagitau.Jangan tak bagitau pulak.Kebetulan Cik T kena dengan dentist perempuan.Selesa sikit.Bila start scaling tu,rasa macam kena cuci dengan pencungkil gigi je.Bila doktor tu suruh kumur,dalam mulut ada rasa cam pasir.Ha,tulah karang gigi yang dah tertanggal.Dengan Cik T ambil masa selama 30 minit sebab tebal sangat.Hehehe....tapi ada gak yang ambil masa selama 1 jam masa scaling.

Doktor pun nasihat kalau boleh datang sekali setahun.Memang akan Cik T turuti.Buat scaling sakit?Taklah,kalau sakit tu tandanya gusi dengan gigi korang tu tak sihat.Kalau tak tahan sakit,boleh minta sapukan ubat bius tapi tak pasti kalau kat klinik kerajaan ada.Pasal bayaran,Cik T cuma bayar RM2 je.Murah,kan?So,apa tunggu lagi.Pergilah buat appointment dengan dentist.

Ok,tu aja tuk hari ni.Rajin-rajin tau jaga gigi.Jangan jaga penampilan luar je.Gigi pun kena jaga juga tau.

3 comments:

  1. Replies
    1. Sori,lmbt reply...bergantung gak dgn schedule doctor...dgn sya ni ambil masa sbln punyer appointment sbab banyak org tp berbaloi,layanan mmg tip top...

      Delete