Tuesday, February 25, 2014

Yeah! BR1M dah masuk...

Hello,semua.


Dah dapat BR1M?
Mesti happy kan kalau dah dapat (tersenyum lebar bila keluar dari bank...hehe)
Yang belum dapat,sabarlah ye....
Tak lari ke mana pun kalau dapat.

Kat sini, berpusu-pusu orang ke LHDN sebab nak check BR1M. (Cik T tak berebut-rebut nak ke sana)
Sampai ada yang sanggup ponteng kerja.
Eish, tak baik macam tu. Percuma je nanti kena pecat dengan bos. Kan susah nanti.

Yang dapat tu, ingat-ingatlah ye ucapkan syukur kepada Tuhan dengan rezeki yang diberi.
Yelah, masa sekarang ni memang orang tengah pokai. Ada juga duit untuk beli barang dapur, belanja anak-anak dan barang keperluan yang lain.

Kalau tak nak guna pun, boleh juga simpan untuk masa kecemasan nanti ke,kan?
Tak payah le nak membazir untuk benda yang tak patut.

Tapi, ada sesetengah orang ni yang Cik T rasa tak patut dibantu.
Nak tahu kenapa?
Mereka yang guna duit bantuan ni untuk pergi berjoli.
Dapat je duit, terus pergi beli bir, main judilah, dan sewaktu dengannya.

Kerajaan beri bantuan untuk kurangkan kesusahan raykat. Tapi, mereka ni guna duit tu untuk keseronokan yang lain pula.
Orang lain seronok dapat beli barang keperluan keluarga, majukan bisnes, dan lain-lain.

Manusia kat  dunia ni memang lain-lain perangai. Cik T hanya mampu geleng kepala je....
Kita kerja keras nak dapatkan duit, itupun hujung bulan baru dapat.
Bila dah dapat, banyak benda yang nak beli, yang kena bayar lagi.
Sekejap je dompet yang tebal tadi jadi kempis...(amalan diet yang sihat nie)

Haha, siapa cakap duit tu tak penting. Ye,memang duit tak boleh beli kebahagiaan tapi tanpa duit dapat ke kita beli barang keperluan, barang dapur untuk keluarga? Tak kan.
Jadi, Cik T sarankan amalkan selalu ucapkan syukur kepada Tuhan setiap kali dapat rezeki tak pun ucapkan syukur setiap hari dengan rezeki yang dah ada pun ok. Tak kiralah apa agama sekali pun. Ucapkan syukur menandakan kita cukup berterima kasih dengan rezeki yang telah diberi.

Oklah, Cik T nak out. Bubye...


"Segmen Blogwalking Beramai-ramai"



Jom Blogwalking ramai-ramai...

hehe..joinsegmen BW pulak....

Friday, February 21, 2014

SEGMEN "REZEKI SIAPA"?-by Suana


Tarikh Tamat:13 MARCH 2014

HADIAH:

 1.RM 20 TOPUP  kepada Top Referral
2. RM 10 TOPUP dipilih di RANDOM


Mau cuba nasib..hehehe...

Nak Follower Banyak?Tolong Saya...

Hello,readers.
Apa cerita kali ni?
Macam biasalah Cik T nak berceloteh sikit ni..

Hurmm,apa nak tulis eh?


Ok ini dilemma bagi blogger yang newbie termasuk Cik T sendiri.
Apa yang masalah sangat ni?
Masalahnya ialah...
Follower sikit gilerlah.Tiap-tiap hari jenguk,tengok-tengok takde pulak orang yang singgah.Sedih tau....
Kalau ada yang jenguk tapi tak follow, cam buat masa je buat belog.
Jangan putus asa. Itulah sebabnya kalau nak buat belog kena serius,kena rajin,kena tabah,kena...kena apa lagi ye....hehe...

Follower Cik T sikit...huhu..Sedih Cik T

Cik T pun google lah,cari macam mana nak tambahkan lagi atau kasi famous blog Cik T ni.
Kebanyakannya menyatakan kena rajin-rajinlah blogwalking.
Blogwalking....jalan-jalan atau singgah ke belog-belog blogger yang ada.Pergi blogwalking sebanyak yang boleh dalam satu masa..Hahaha,mampu tak?
Tu kena rajin-rajin kan dirilah...
Cik T pun blogwalking sebanyak yang Cik T mampu. Still the same..Mungkin  kesan dia lambat sikit kot.Tapi, Cik T teruskan juga blogwalking. Don't Give Up.

Kena rajin update post,kalau tak takde orang nak tengok blog.Tapi kalau memang takde idea nak tulis apa?Ko letak je lirik lagu ke, resepi ke,pic ke...Asalkan ado...

selfie pun boleh gak...hehe

Blog pun kena kemas,sedap mata memandang. Biar nanti, tak berserabut mata orang nak memandang.Warna theme blog pun kena pandai pilih. Kena pandai main dengan warna. Sebenarnya,Cik T nak kemaskan dan beri cantik lagi blog ni. Tengah cari orang tolong buatkan. Cik T bukannya pandai kalau bab-bab buat theme blog...apa ke benda yang berkaitan tu.
Minta tolong orang buatkan. Bila dah selesai semua, Cik T pun buatlah kerja Cik T. Berceloteh je....Hehehe...

Tak banyak gak yang Cik T dapat kongsi sebab itu je yang Cik T ingat...hehe. Kalau nak tahu lagi banyak, google je.


Rajin-rajin gak intai mengintai blog orang. Buat blogwalking. Intai belog ye...bukan intai benda lain. Haha,bahaya kalau intai benda lain ni. Tak baik tau...

Update: Kalau rajin ikut GA, follower pun kemungkinan akan bertambah juga.

Ok takat tu aja.Salam sayang dari Cik T..(buat tabiat aku nie agaknya)

Smile Always....CHEESE!!







Thursday, February 20, 2014

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG

 http://tengkubutang.blogspot.com/2014/02/mini-giveaway-happy-birthday.html



Happy Birthday TENGKUBUTANG
May God Bless you.
Semoga dimurahkan rezeki,sihat dan happy-happy selalu.
Peace.

First time ikut GA ni....

Wednesday, February 12, 2014

BUDI BAHASA BUDAYA KITA ye....dan Hello 2014...


Hello dunia, Pagi-pagi cam ni Cik T dah muncul. Hahaha....
Kat Bintulu baru je hujan. Beberapa hari ni hujan dan mendung je lepas panas yang panas giler hari tu. Walauapapun, kita kena bersyukur gak dengan keadaan cuaca. Kalau hujan tak turun, panaslah kita. Kering-kontanglah bumi ni. Kalau hari tak panas, asyik hujan je habislah kita disebabkan banjir. Cik T selalu terbaca kawan complain  sal cuaca ( takde benda lain nak di update agaknya ) .
Ok. Kita stop kat situ. Dah lari dari tajuk dah nie. 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Dah baca kan tajuk kat atas. Kenapa Cik T pilih tajuk ni? Ha, dalam minggu nie je Cik T dah tengok dan kena sendiri kes cam nie.

Yang pertama, nie memang selalulah kalau gi mana-mana atau baca kat status ke perkataan-perkataan ni memang akan kedengaran terutama sekali dari mulut yang chinese. Jangan terasanya.
Apa perkataan tu?Contohlah, C***i. Kotorkan blog Cik T je. Kalau korang ada bergaul dengan chinese, korang akan paham. Hal kecik je, terus keluar perkataan tu. Tapi tak semua yang macam tu,kan.

Yang kedua, kalau orang dah tolong tu.Tolong-tolonglah ucap "TERIMA KASIH" ye. Adalah seorang mak cik  nie bertanyakan tempat kat Cik T. Cik T pun layanlah. Tapi, bila Cik T bercakap je. Dia buat tak tahu pulak. Eh, mak cik ni dengar ke tak. Lepas tu, boleh pulak dia blah macam tu je. Tak jauh dari situ,mak cik tu tanya pulak orang lain.Soalan yang sama dan tanpa terima kasih, dia terus blah (terkejut Cik T bila dengar dia tanya soalan yang sam gak). Cik T hanya mampu mengelengkan kepala je.

Yang ketiga, ni berlaku masa kat bank. Nak bank in punya pasal. Mesin tu kan memilih kalau kita nak bank in duit. Paham-paham kan jelah. Semua kena licin tanpa ada kesan renyuk atau lipat. Masa tu tak sibuk, kebetulan duit RM5 Cik T ada kesan lipat. Nie ada jiran order barang Cik T, tu yang pergi bank in tu. Kebetulan ada seorang wanita cina masuk nak keluarkan duit. Ibu Cik T pun pergilah bertanya dengan baik punyer kat Wanita tu. Dia dengan tak toleh dan dengan kasarnya mengatakan, "TAKDA! TAKDA! TAKDA!" sambil mengelengkan kepala. Terkejut Cik T. Dahlah masa tu,bukannya ada orang. Kesian pula tengok Ibu dibuat macam tu.Tak boleh cakap elok-elok ke. Bukannya kita paksa pun.

Yang terakhir, ni untuk yang berniaga. Tak kiralah yang online ke tak. Mestilah customer banyak tanya,kan.Dah hak dia sebab dia nak beli suatu barang tu. Dia nak tanyalah. Dah kita yang berjual barang tu mestilah jawab dengan baik. Bukannya kasar. Plus, cakap yang dia tu bukannya mesin menjawab soalan. Teruk betul customer service dia. Orang tanya dengan baik punyer terus kena herdik.Tak baik tau...Orang datang nak beri keuntungan, Kau pula yang tolak rezeki.

Oklah takat ni je tuk tajuk hari ni.Bye- bye...