Wednesday, February 12, 2014

BUDI BAHASA BUDAYA KITA ye....dan Hello 2014...


Hello dunia, Pagi-pagi cam ni Cik T dah muncul. Hahaha....
Kat Bintulu baru je hujan. Beberapa hari ni hujan dan mendung je lepas panas yang panas giler hari tu. Walauapapun, kita kena bersyukur gak dengan keadaan cuaca. Kalau hujan tak turun, panaslah kita. Kering-kontanglah bumi ni. Kalau hari tak panas, asyik hujan je habislah kita disebabkan banjir. Cik T selalu terbaca kawan complain  sal cuaca ( takde benda lain nak di update agaknya ) .
Ok. Kita stop kat situ. Dah lari dari tajuk dah nie. 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Dah baca kan tajuk kat atas. Kenapa Cik T pilih tajuk ni? Ha, dalam minggu nie je Cik T dah tengok dan kena sendiri kes cam nie.

Yang pertama, nie memang selalulah kalau gi mana-mana atau baca kat status ke perkataan-perkataan ni memang akan kedengaran terutama sekali dari mulut yang chinese. Jangan terasanya.
Apa perkataan tu?Contohlah, C***i. Kotorkan blog Cik T je. Kalau korang ada bergaul dengan chinese, korang akan paham. Hal kecik je, terus keluar perkataan tu. Tapi tak semua yang macam tu,kan.

Yang kedua, kalau orang dah tolong tu.Tolong-tolonglah ucap "TERIMA KASIH" ye. Adalah seorang mak cik  nie bertanyakan tempat kat Cik T. Cik T pun layanlah. Tapi, bila Cik T bercakap je. Dia buat tak tahu pulak. Eh, mak cik ni dengar ke tak. Lepas tu, boleh pulak dia blah macam tu je. Tak jauh dari situ,mak cik tu tanya pulak orang lain.Soalan yang sama dan tanpa terima kasih, dia terus blah (terkejut Cik T bila dengar dia tanya soalan yang sam gak). Cik T hanya mampu mengelengkan kepala je.

Yang ketiga, ni berlaku masa kat bank. Nak bank in punya pasal. Mesin tu kan memilih kalau kita nak bank in duit. Paham-paham kan jelah. Semua kena licin tanpa ada kesan renyuk atau lipat. Masa tu tak sibuk, kebetulan duit RM5 Cik T ada kesan lipat. Nie ada jiran order barang Cik T, tu yang pergi bank in tu. Kebetulan ada seorang wanita cina masuk nak keluarkan duit. Ibu Cik T pun pergilah bertanya dengan baik punyer kat Wanita tu. Dia dengan tak toleh dan dengan kasarnya mengatakan, "TAKDA! TAKDA! TAKDA!" sambil mengelengkan kepala. Terkejut Cik T. Dahlah masa tu,bukannya ada orang. Kesian pula tengok Ibu dibuat macam tu.Tak boleh cakap elok-elok ke. Bukannya kita paksa pun.

Yang terakhir, ni untuk yang berniaga. Tak kiralah yang online ke tak. Mestilah customer banyak tanya,kan.Dah hak dia sebab dia nak beli suatu barang tu. Dia nak tanyalah. Dah kita yang berjual barang tu mestilah jawab dengan baik. Bukannya kasar. Plus, cakap yang dia tu bukannya mesin menjawab soalan. Teruk betul customer service dia. Orang tanya dengan baik punyer terus kena herdik.Tak baik tau...Orang datang nak beri keuntungan, Kau pula yang tolak rezeki.

Oklah takat ni je tuk tajuk hari ni.Bye- bye...







No comments:

Post a Comment