Tuesday, February 25, 2014

Yeah! BR1M dah masuk...

Hello,semua.


Dah dapat BR1M?
Mesti happy kan kalau dah dapat (tersenyum lebar bila keluar dari bank...hehe)
Yang belum dapat,sabarlah ye....
Tak lari ke mana pun kalau dapat.

Kat sini, berpusu-pusu orang ke LHDN sebab nak check BR1M. (Cik T tak berebut-rebut nak ke sana)
Sampai ada yang sanggup ponteng kerja.
Eish, tak baik macam tu. Percuma je nanti kena pecat dengan bos. Kan susah nanti.

Yang dapat tu, ingat-ingatlah ye ucapkan syukur kepada Tuhan dengan rezeki yang diberi.
Yelah, masa sekarang ni memang orang tengah pokai. Ada juga duit untuk beli barang dapur, belanja anak-anak dan barang keperluan yang lain.

Kalau tak nak guna pun, boleh juga simpan untuk masa kecemasan nanti ke,kan?
Tak payah le nak membazir untuk benda yang tak patut.

Tapi, ada sesetengah orang ni yang Cik T rasa tak patut dibantu.
Nak tahu kenapa?
Mereka yang guna duit bantuan ni untuk pergi berjoli.
Dapat je duit, terus pergi beli bir, main judilah, dan sewaktu dengannya.

Kerajaan beri bantuan untuk kurangkan kesusahan raykat. Tapi, mereka ni guna duit tu untuk keseronokan yang lain pula.
Orang lain seronok dapat beli barang keperluan keluarga, majukan bisnes, dan lain-lain.

Manusia kat  dunia ni memang lain-lain perangai. Cik T hanya mampu geleng kepala je....
Kita kerja keras nak dapatkan duit, itupun hujung bulan baru dapat.
Bila dah dapat, banyak benda yang nak beli, yang kena bayar lagi.
Sekejap je dompet yang tebal tadi jadi kempis...(amalan diet yang sihat nie)

Haha, siapa cakap duit tu tak penting. Ye,memang duit tak boleh beli kebahagiaan tapi tanpa duit dapat ke kita beli barang keperluan, barang dapur untuk keluarga? Tak kan.
Jadi, Cik T sarankan amalkan selalu ucapkan syukur kepada Tuhan setiap kali dapat rezeki tak pun ucapkan syukur setiap hari dengan rezeki yang dah ada pun ok. Tak kiralah apa agama sekali pun. Ucapkan syukur menandakan kita cukup berterima kasih dengan rezeki yang telah diberi.

Oklah, Cik T nak out. Bubye...


No comments:

Post a Comment