Saturday, March 22, 2014

"GIVEAWAY: I LOVE MAKEUP" by It's Me, Ika


KENAPA SAYA SUKA MAKEUP?
 Saya suka makeup sebab makeup  dapat membuat kita kelihatan lebih cantik dan flawless.

GA nie akan tamat pada 10.4.14.

Friday, March 21, 2014

"XOXO Giveaway by Lyn Lyna"


WhoHAA ID: Emelia Pan Philip 
I'm GROWL for this GA...dan semestinya nak MENANG GA ni.....
Akhirnya,GA kpop...Lama Cik T dah tunggu...dok tercari-cari GA Kpop. Ajaklah Cik T lagi. Tak kisah ler band /group mana pun. Asalkan Kpop.....Hallyu Wave...




Thursday, March 20, 2014

Cik T nak Terbang!


Hello,Readers. Cik T nak terbang. Hehe..Terbang ke kampung mak Cik T.Kat mana?
Bario.

So, Cik T nak pack apa yang patut. Tambahan lagi, ada orang suruh bawakan biskut satu balang untuk diorang. Penat aku cam ni.
Packing baranglah Cik T tak berapa suka. Orang bawa sikit, Cik T boleh pula nak bawa satu almari. Kalau bolehlah. Lagipun, seorang satu beg pakaian sebab barang-barang yang dibawa akan ditimbang termasuklah orang tu juga. Tak taulah sebab Cik T pun first time nak gi Bario.

Betul, first time. Sebab tulah Cik T excited sangat ni. Pasal bab-bab packing memang Cik T tak mahir sangat. Ini pun baru belajar nak packing. Orang tak travel selalu biasalah. Cik T cuma tau gulung baju tu biar ada ruang skit dalam beg. So, Cik T pun cari kat internet tip-tips packing barang untuk travel.

Ada sebab Cik T minat dengan beg besar dan banyak poket. Senang nak banyak travel nanti
Ni bagi yang nak bawa yang dah buka tu tapi better bawa yang botol kecik je senang.

P/S: Cik T pun tak tau berapa lama Cik T akan pergi. Tapi,tunggu je update dari Cik T pasal Bario.

Tuesday, March 18, 2014

"1st Giveaway By Bella Nabiela"


GA start dari 17/3/14- 10/4/14.

Beauty DIY : DIY Bronzer Powder Makeup

Hi, semua.
Hari ni Cik T nak share satu diy. Cosmetic DIY.
Cik T nak share macam mana nak buat bedak bronzer sendiri.
Tak tau apa itu bronzer?
Korang tau tak Contouring Makeup? Yang cam Adele punya makeup tu. Ianya dapat membuat muka nampak slim gitu dan buat hidung nampak mancung. Pipi pun cam timbul je.

Lebih kurang cam ni. Tengok hidung dan pipi dia.
Ok jom kita mulakan.

Kalau ikut Cik T punya DIY, bahan dia simple je.
Kita cuma perlukan:
  • Tepung jagung
  • coco powder
  • satu bekas kosong untuk simpan bronzer 
Cara-cara:
Campur kedua-dua bahan hingga sebati dan simpan di dalam bekas. Siap.Dah boleh guna.

Itu je. Measurement tu ikut suka korang. Better guna sudu kecil kalau korang ragu-ragu dengan warna dia nanti. Letak 1 sudu kecil tepung jagung dan 1 sudu kecil coco powder dulu, korang campur. Lepas tu cuba sapukan muka ke tangan ke. Kalau warna dari coco powder tu ok kat warna kulit korang, baru korang buat banyak sikit.

Senang je kan? Ada jugak yang tambah serbuk buah pala dengan serbuk kayu manis sekali. Ada yang letak serbuk buah pala je atau letak serbuk kayu manis je. Itu ikut warna kulit koranglah. Warna bronzer kena lebih gelap sikit dari muka korang. Baru menonjol sikit pip dan hidung tu. Hah, kalau tempekkan bedak tu ada bau coco,kan? Bagi yang tak nak atau yang tak suka muka berbau rempah tu, korang boleh tambah essential oil. Kasi wangi sikit.

Bolehlah lepas ni buat contouring makeup cam Kim Kardashian ke Adele ke.

Nampak kecik sikitkan muka Adele.

Kim Kardashian. Nampak elegent,kan?

Bagi yang tak tau nak apply bronzer? Ni ada satu video tuk korang.



Kalau ada masa nanti Cik T share cam mana nak buat Highlight makeup. Selamat mencuba,ye.

**KEEP THIS IN MIND- Cinnamon adds glow, cocoa adds depth and darkness, and nutmeg adds a sun-kissed brown. Cornstarch spreads it all out and lightens it. Start with a base of cornstarch (2tsp), then slowly add in cocoa powder (1Tbs),nutmeg (1tsp), and finely ground cinnamon powder (1tsp) until you get a shade close to your skin tone + lotion

Saturday, March 15, 2014

Luahan Hati Cik T

Hello,Readers.
Mood tak berapa nak okaylah hari ni.
KENAPA?!!

Pagi ni tadi Cik T pergi interview. Punyalah lama dah Cik T hantar resume, baru sekarang diorang. Dah setahun dah tau. Cik T pun dah lupa dah. Cik T pun dengan semangatnya pun bersiap sedia nak gi interview.

Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba giliran Cik T.
Bila kena interview memang kena sedia dengan soalan yang akan dilontarkan.
Cik T memang dah biasa kena interview. Hehe...Bila dah ada kerja pun, Cik T pergi je kat mana-mana yang ada interview atau vacancy. Nak cari kerja yang lagi baik dari sebelum ni tambahan lagi nak cari pengalaman.
So, memandangkan pengalaman  Cik T sebagai Clerk agak ciput. Cik hantarlah resume kat mana-mana yang ada vacancy clerk, itupun kalau mereka tak kisah kalau takde pengalaman.
Tapi,soalan yang diorang tanya tu cam larilah dari kerja yang Cik T mohon.
Diorang tanya,"tau sal construction tak?". Cik T pun geleng kepalalah. Diorang pula dah cam pelik dah rupa.
"Ada lesen kereta tak?". Cik T pun kata buat masa sekarang memang belum ambil lagilah. Diorang pula yang cemberut muka. Haish, hari tu Cik T call diorang kata lesen kereta tak penting. Habis kenapa tanya sal lesen kereta? Dah terang-terang kat resume dengan borang tulis takde lesen.
"Kamu habis belajar 2009...(dia pun kira).Almost 5 years you looking for job,"dia pun geleng kepala. Hai,yang kat resume tu bukan tulis kerja ke?Punyalah banyak kerja Cik T tulis, boleh pulak dia cakap macam Cik T ni tak pernah kerja sepanjang 5 tahun tu.
Cik T ni habis je SPM terus je kerja jadi cikgu tadika. Lepas tu, masuk PLKN. Lepas tu, Cik T pun kerja kat kedai beg. Memang ada niat nak sambung belajar masa tu tapi takut berhenti separuh jalan je belajar nanti. Rugi. Soalan tu tak berhenti takat tu aja. Setiap kali dia tanya, mesti berakhir dengan gelang kepala dan muka yang masam. Cik T memang tak cukup pengalaman dalam kerja kerani ni. Tapi, Cik T sanggup belajar tau kalau orang sudi nak ajar. Cik T kerja susah pun sanggup. Cam dulu kerja berat-berat pun Cik T buat sebab nak ambil pengalaman jadi baker. Pergi angkat seguni tepung tu memang takler,main heret je letak atas kereta sorong..hehe...Lepas tu diorang suruh jadi cashier, Cik T pun buat. Nak ambil pengalaman Cik T tak kisah nak mula dari mana. Lagipun,asalkan kerja tu halal,kira okay jelah.
Tapi diorang ni cam tak puas hati je dengan Cik T. Rasa terhina pun ada. Diorang tanya balik sal lesen kereta. Cik T pun cakap yang selama ni bapa yang tolong hantar memandangkan dia sendiri yang nak dan jam kerja dia sama dengan jam kerja Cik T. Dia pun geleng kepala.
Cik T kalau boleh nakler ambil lesen kereta tapi Cik T fikir biarlah dulu sebab adik Cik T tengah ambil lesen. So, biarlah dia dulu. Lagipun, keluarga Cik T taklah kaya mana pun. Cik T tak berapa sangat nak guna kereta. Fobia sikit. Lagipun, selama ni tak pernah pun Cik T kerja orang ada masalah bila parents yang hantar. Lagipun, diorang sendiri cakap kat iklan. Lesen kereta tak wajip. Bila Cik cakap parents yang selalu hantar. Dia geleng kepala lagi. Ade je yang dia tak suka. Plus, dia tanya tahan ke kalau kena cahaya matahari dan berpanas? Mestilah tahan. Selama ni kerja kat bakery tu bukannya dapur dia ada air cond pun. Berdiri dekat dengan periuk besar dan oven yang besar lagi panas.Rumah pun takde air cond. Tapi, kerja jadi kerani kat office construction perlu pergi  ke tapak contrustion jugak ke?
Cik T pergi sana berharap dapat kerja tapi bila dah kena interview macam tu punya rupa. Dah tak ingin dah Cik T. Cik T sanggup kerja jadi salesgirl kalau cam tu. Lagipun, sekarang susah nak cari kerja sebab semua kerja perlu pengalaman. Bagaimana kalau orang yang baru habis belajar cam lepasan U nak cari kerja kalau semua perlu pengalaman? Cam kekadang ada yang perlu sampai 5 tahun pengalaman. Cam mana kalau orang cam Cik T yang takat SPM dan sanggup tuk belajar nak cari kerja yang baik lagi kalau semua tengok sampai tahap mana dia belajar dan pengalaman kerja dia? Tak boleh bagi peluang ke?

Lega rasa hati ni bila dah luahkan. Kalau tak dapat pun takpe.
Takpe, Cik T akan berusaha lagi nanti.
Tak akan berputus asa

 P/S: Cik T tak pandai bercerita....Macam melalut je lebih..hehe

Thursday, March 13, 2014

Resepi: Classic Butter Cookies

Hello,Readers.
Hari ni Cik T nak share resepi.Lama dah tak share resepi.Cik T buat biskut butter.
Senang dan mudah je bahan dan cara buatnya. Resepi ni Cik T dapat kat internet. Tak ingat kat mana.
Huhu, biasalah orang baru nak berjinak-jinak nak gi dapur. Semua cari kat internet.

Jom kita mulakan



Bahan-bahan:

370g Tepung Gandum
1 Sudu kecil Baking Powder
1 biji Telur
150g gula kastor
150g butter-suhu bilik
sedikit esen vanilla

Cara-cara:

  1. Pukul butter sehingga menjadi krim (putih-putih gitu/kembang). Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau dengan spatula sehingga sebati.
  4. Wrap dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Keluarkan doh dan alaskan papan canai dengan plastik wrap. Letakkan doh di atas papan canai dan letakkan satu lagi plastik wrap di atas doh tadi. Canai sehinnga setebal 5mm. Terapkan mengikut bentuk yang disuka.
  6. Bakar selama 20-25 minit atau hingga keperangan dalam suhu 180C.


Ok, ni dengan Cik T. Yang mula-mula memang tak nampak menarik sangat rupa dia tapi rasanya memang sedap. Memandangkan Cik T takde cookie cutter yang bulat (satu pun takder sebenarnya). Cik T potong dengan pisau je.Jadi, abaikan rupanya.

Yang ni masa Cik T buat untuk kali ke-2, guna cookie cutter bentuk Doreamon (nak beli banyak-banyak cookie cutter sebab banyak yang comel-comel).


P/S: Lepas ni nak buat Danish Butter Cookies pulak...hehe...




Tuesday, March 11, 2014

Monday, March 10, 2014

"SAYA NAK MENANG PANDORA" by UmmiJournal


Giveaway ni dibuat oleh UmmiJournal

Giveaway ni bermula dari 6 Mac 2014
dan
akan tamat pada 12 Mac 2014...

Jom join ramai-ramai sementara masih sempat ni.....

Saturday, March 8, 2014

Pesawat MH370 Hilang? Pray For MH 370


Malaysia telah digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH 370 jenis Boeing 777-200 awal pagi tadi.

Terkejut Cik T bila dapat tahu pasal berita ni. Itupun tahu kat FB. Bila dah pastikan berita itu benar, Cik T pun tunggu berita terkini pasal MH 370 tu. Sampai sekarang kita tak tahu macam mana dan apa yang dah berlaku kat pesawat MH 370?

Bila tengok berita, sedih dan sayu hati Cik T bila tengok keluarga mangsa menangis.  Oh Tuhan, semoga mereka (penumpang dan juga krew kapal) selamat dan dijumpai secepat mungkin.

Sampai sekarang, boleh dikatakan hampir seluruh negara menantikan berita terkini mengenai MH 370.  Sama-samalah kita berdoa untuk mangsa MH 370. Tak kiralah anda beragama Islam, Kristian, Buddha, Atheist sekalipun. Jika anda percaya kepada Tuhan atau jika ada mereka yang anda kenal, marilah berdoa agar mereka selamat dan dijumpai dengan cepat.



P/S: Gerun Cik T bila ingat hujung bulan ni nak naik kapal terbang. #PrayForMH370


Thursday, March 6, 2014

Kraftangan Sarawak by My Mom



Hah, Engkau.
Rajin Cik T nak update hari ni.
Huhu, bukan apa ambil kesempatan sementara line ok ni.

Ok, sebenarnya Cik T nak buat survey ni. Berkaitan dengan tajuk di atas.
Well, mak Cik T ada buat kraftangan yang berunsurkan manik dan mak Cik T ni juga ada buat crochet. Crochet untuk alas meja. Kalau baju pun ada, simple je design dia.

Ok, back to the topic. Cik T ni kalau boleh nak tolong juallah. Tolong promote kat blog kesayangan Cik T ni. Sebenarnya, mak buat semua ni suka-suka je. Kalau ada orang order, baru dia buat. 

Salah satu dari hasil tangan mak Cik T

Kalau yang macam ni, harga dan tempoh buat ni bergantung dengan size dan coraknya. Ada gak ready stock. Yang ni sederhana je size dia. Boleh jadi beg letak barang.



Hah, necktie pun ada gak.


Kalau yang kecik ni, selalu orang letak kat dalam kereta. Sebagai perhiasan.
Ada banyak lagi, cuma ni je yang Cik T dapat upload. So, apa pendapat korang?

Minta jasa baik korang,ye.





  

Oh Tidak!!Masalah ni!!

Hello,Readers.

Well, Cik T mungkin tak dapat nak jenguk blog ni selalu.
Ianya disebabkan oleh beberapa perkara yang tak dapat nak dielakkan.
Antaranya, laptop rosak dan line internet yang tak berapa nak sihat.(Banyak orang yang kena masalah line semput-semput je)


Laptop ni pandai je nak rosak time ni. Hari tu ada tanya kawan kat FB pasal kes ni (wah,kes lagi..huhu). Kawan kata window corrupt.
Adush! Apa pulak ni? Cik T bukannya arif sangat pun nak repair sendiri. Nak hantar gi kedai nanti, orang caj mahal pulak. Nasib baik gak kawan Cik T nak tolong tapi masalahnya dia kat Melaka dan Cik T kat Bintulu. Jauh tu.
Hurmmm...Macam mana nak buat ni?

Penyelesaian masalahnya? Kitorang WHATSAPPlah. Cik T pun tunggu je arahan dari kawan Cik T. Tapi, berjam-jam bergelut pun hasilnya masih tak ok. Ada ok sikitlah berbanding screen hitam je lansung tak dapat nak pakai.

So, Cik T minta tolong sesangat kepada sesiapa yang tahu repair windows corrupt ni. Tolong Cik T boleh tak? Minta tunjuk ajar dari sifu yang tahu, tolong Cik T ni.
Cik T nak hantar gi kedai, takut nanti diorang cekik darah pulak.

TOLONG!!!

Oh yes, ada ANNOUNCEMENT !!!
Masa cuti penggal sekolah hujung bulan March ni, Cik T akan terbang ke kampung mak Cik T buat kali pertama. HuHu, betul wak first time ni. Dah masuk 20 tahun lebih, baru dapat balik ke kampung mak. Ok, nak tahu kat mana kampung mak Cik T? Just wait and see update Cik T.

Bubye.