Saturday, March 15, 2014

Luahan Hati Cik T

Hello,Readers.
Mood tak berapa nak okaylah hari ni.
KENAPA?!!

Pagi ni tadi Cik T pergi interview. Punyalah lama dah Cik T hantar resume, baru sekarang diorang. Dah setahun dah tau. Cik T pun dah lupa dah. Cik T pun dengan semangatnya pun bersiap sedia nak gi interview.

Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba giliran Cik T.
Bila kena interview memang kena sedia dengan soalan yang akan dilontarkan.
Cik T memang dah biasa kena interview. Hehe...Bila dah ada kerja pun, Cik T pergi je kat mana-mana yang ada interview atau vacancy. Nak cari kerja yang lagi baik dari sebelum ni tambahan lagi nak cari pengalaman.
So, memandangkan pengalaman  Cik T sebagai Clerk agak ciput. Cik hantarlah resume kat mana-mana yang ada vacancy clerk, itupun kalau mereka tak kisah kalau takde pengalaman.
Tapi,soalan yang diorang tanya tu cam larilah dari kerja yang Cik T mohon.
Diorang tanya,"tau sal construction tak?". Cik T pun geleng kepalalah. Diorang pula dah cam pelik dah rupa.
"Ada lesen kereta tak?". Cik T pun kata buat masa sekarang memang belum ambil lagilah. Diorang pula yang cemberut muka. Haish, hari tu Cik T call diorang kata lesen kereta tak penting. Habis kenapa tanya sal lesen kereta? Dah terang-terang kat resume dengan borang tulis takde lesen.
"Kamu habis belajar 2009...(dia pun kira).Almost 5 years you looking for job,"dia pun geleng kepala. Hai,yang kat resume tu bukan tulis kerja ke?Punyalah banyak kerja Cik T tulis, boleh pulak dia cakap macam Cik T ni tak pernah kerja sepanjang 5 tahun tu.
Cik T ni habis je SPM terus je kerja jadi cikgu tadika. Lepas tu, masuk PLKN. Lepas tu, Cik T pun kerja kat kedai beg. Memang ada niat nak sambung belajar masa tu tapi takut berhenti separuh jalan je belajar nanti. Rugi. Soalan tu tak berhenti takat tu aja. Setiap kali dia tanya, mesti berakhir dengan gelang kepala dan muka yang masam. Cik T memang tak cukup pengalaman dalam kerja kerani ni. Tapi, Cik T sanggup belajar tau kalau orang sudi nak ajar. Cik T kerja susah pun sanggup. Cam dulu kerja berat-berat pun Cik T buat sebab nak ambil pengalaman jadi baker. Pergi angkat seguni tepung tu memang takler,main heret je letak atas kereta sorong..hehe...Lepas tu diorang suruh jadi cashier, Cik T pun buat. Nak ambil pengalaman Cik T tak kisah nak mula dari mana. Lagipun,asalkan kerja tu halal,kira okay jelah.
Tapi diorang ni cam tak puas hati je dengan Cik T. Rasa terhina pun ada. Diorang tanya balik sal lesen kereta. Cik T pun cakap yang selama ni bapa yang tolong hantar memandangkan dia sendiri yang nak dan jam kerja dia sama dengan jam kerja Cik T. Dia pun geleng kepala.
Cik T kalau boleh nakler ambil lesen kereta tapi Cik T fikir biarlah dulu sebab adik Cik T tengah ambil lesen. So, biarlah dia dulu. Lagipun, keluarga Cik T taklah kaya mana pun. Cik T tak berapa sangat nak guna kereta. Fobia sikit. Lagipun, selama ni tak pernah pun Cik T kerja orang ada masalah bila parents yang hantar. Lagipun, diorang sendiri cakap kat iklan. Lesen kereta tak wajip. Bila Cik cakap parents yang selalu hantar. Dia geleng kepala lagi. Ade je yang dia tak suka. Plus, dia tanya tahan ke kalau kena cahaya matahari dan berpanas? Mestilah tahan. Selama ni kerja kat bakery tu bukannya dapur dia ada air cond pun. Berdiri dekat dengan periuk besar dan oven yang besar lagi panas.Rumah pun takde air cond. Tapi, kerja jadi kerani kat office construction perlu pergi  ke tapak contrustion jugak ke?
Cik T pergi sana berharap dapat kerja tapi bila dah kena interview macam tu punya rupa. Dah tak ingin dah Cik T. Cik T sanggup kerja jadi salesgirl kalau cam tu. Lagipun, sekarang susah nak cari kerja sebab semua kerja perlu pengalaman. Bagaimana kalau orang yang baru habis belajar cam lepasan U nak cari kerja kalau semua perlu pengalaman? Cam kekadang ada yang perlu sampai 5 tahun pengalaman. Cam mana kalau orang cam Cik T yang takat SPM dan sanggup tuk belajar nak cari kerja yang baik lagi kalau semua tengok sampai tahap mana dia belajar dan pengalaman kerja dia? Tak boleh bagi peluang ke?

Lega rasa hati ni bila dah luahkan. Kalau tak dapat pun takpe.
Takpe, Cik T akan berusaha lagi nanti.
Tak akan berputus asa

 P/S: Cik T tak pandai bercerita....Macam melalut je lebih..hehe

No comments:

Post a Comment