Saturday, March 8, 2014

Pesawat MH370 Hilang? Pray For MH 370


Malaysia telah digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH 370 jenis Boeing 777-200 awal pagi tadi.

Terkejut Cik T bila dapat tahu pasal berita ni. Itupun tahu kat FB. Bila dah pastikan berita itu benar, Cik T pun tunggu berita terkini pasal MH 370 tu. Sampai sekarang kita tak tahu macam mana dan apa yang dah berlaku kat pesawat MH 370?

Bila tengok berita, sedih dan sayu hati Cik T bila tengok keluarga mangsa menangis.  Oh Tuhan, semoga mereka (penumpang dan juga krew kapal) selamat dan dijumpai secepat mungkin.

Sampai sekarang, boleh dikatakan hampir seluruh negara menantikan berita terkini mengenai MH 370.  Sama-samalah kita berdoa untuk mangsa MH 370. Tak kiralah anda beragama Islam, Kristian, Buddha, Atheist sekalipun. Jika anda percaya kepada Tuhan atau jika ada mereka yang anda kenal, marilah berdoa agar mereka selamat dan dijumpai dengan cepat.



P/S: Gerun Cik T bila ingat hujung bulan ni nak naik kapal terbang. #PrayForMH370


No comments:

Post a Comment