Thursday, March 13, 2014

Resepi: Classic Butter Cookies

Hello,Readers.
Hari ni Cik T nak share resepi.Lama dah tak share resepi.Cik T buat biskut butter.
Senang dan mudah je bahan dan cara buatnya. Resepi ni Cik T dapat kat internet. Tak ingat kat mana.
Huhu, biasalah orang baru nak berjinak-jinak nak gi dapur. Semua cari kat internet.

Jom kita mulakan



Bahan-bahan:

370g Tepung Gandum
1 Sudu kecil Baking Powder
1 biji Telur
150g gula kastor
150g butter-suhu bilik
sedikit esen vanilla

Cara-cara:

  1. Pukul butter sehingga menjadi krim (putih-putih gitu/kembang). Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau dengan spatula sehingga sebati.
  4. Wrap dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Keluarkan doh dan alaskan papan canai dengan plastik wrap. Letakkan doh di atas papan canai dan letakkan satu lagi plastik wrap di atas doh tadi. Canai sehinnga setebal 5mm. Terapkan mengikut bentuk yang disuka.
  6. Bakar selama 20-25 minit atau hingga keperangan dalam suhu 180C.


Ok, ni dengan Cik T. Yang mula-mula memang tak nampak menarik sangat rupa dia tapi rasanya memang sedap. Memandangkan Cik T takde cookie cutter yang bulat (satu pun takder sebenarnya). Cik T potong dengan pisau je.Jadi, abaikan rupanya.

Yang ni masa Cik T buat untuk kali ke-2, guna cookie cutter bentuk Doreamon (nak beli banyak-banyak cookie cutter sebab banyak yang comel-comel).


P/S: Lepas ni nak buat Danish Butter Cookies pulak...hehe...




No comments:

Post a Comment