Sunday, April 27, 2014

Aku nak Berceloteh kejap....


Apa Kabar, teman-teman blogger sekalian?Sihat? Mestiler sihat, kan? Cik T pun sihat.
Cik T tengah sibuk cari lagu nak letak dalam belog ni. Yelah, sunyi je belog ni takde lagu.
Tapi, masalahnyer sekarang ni. Bukan lagu tapi line internet ni ha... Asyik nak memboikot Cik T je kerjanyer. Takde kerja lain.. Asal lampu merah je, terpaksalah Cik T refresh balik... sebab quota dah habis katanya. Tapi baru je hari tu dah bayar. Time tengah bulan nanti baru line jadi cam cheetah. Fuhyoo, laju giler kalau time tu line ok.
Kalau dah sampai tahap siput tu, hurmm... tau-tau jelah. Korang mesti paham masalah Cik T, kan? Korang pun tengah alami masalah yang sama juga, kan?
Tu yang nak update belog pun susah. Apalagi FB dengan Twitter. Jarang Cik T nak buka kalau line tak ok.
Nak Blogwalking pun payah.
Hampeh tau. Tu ler ada masa Cik T nak baca novel yang Cik T pinjam dari mak saudara Cik T. Novel apa? Novel "Yes, Boss!".
Dan tengah cari aplikasi mp3 yang  cun, terbaik dan meletop gitu untuk diletakkan kat belog. Korang cadang guna yang mana yer? Nanti Cik T tengok-tengokkan mana yang ok... Kalau boleh yang dapat letak lagu dari Youtube ke?
Ni tengah try SCM Music Player. Entah berfungsi ke tak....Kalau berfungsi, ok tak lagu dia? 
Oklah, Cik T nak tidur. Good Night, teman-temanku. 

Wednesday, April 23, 2014

Segmen BLOGWALKING by Dayang Deno


Lima peserta bertuah akan mendapat limited edition doodle art button badge 

**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 1 Mei 2014

Sherlock Holmes #wordlessWednesday


Ye,Cik T suka tengok Sherlock Holmes...









Tuesday, April 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Klik banner untuk join

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...



Friday, April 18, 2014

Majlis Perkahwinan yang ku Impikan? #pinterest

Hello...!!!!
Ok, update kali ni cuma nak share gambar-gambar yang Cik T dapat dari Pinterest. Dah lama dah taksub dengan dengan Pinterest ni. Baru sekarang nak share. Pinterest ni... dia cam satu 'board' yang kita pinkan nota atau gambar. Cuma yang ni barang confirm tak hilang punya. Banyak DIY, remedy, idea-idea dan etc yang menarik ada kat Pinterest. Jadi, Cik T nak share salah satu daripada board Cik T. 'When Its My Turn to Settle Down' board ni pin dia semua berkait dengan kahwin... saja je Cik T pin kan. Manalah tau come in handy satu hari nanti. Hehe, masih muda lagi nak fikir bab-bab kahwin ni. Semua idea-idea mengenai perkahwinan yang menarik hati Cik T ada dalam board ni. So, Cik T share kat korang sebanyak yang boleh.







Kalau ada yang fandom sangat,boleh ambil gambar kahwin cam nie...Korang memang awesomelah kalau buat.Epic..





Cherry Blossom wedding theme
Tema Hitam & Putih

Ah, tu dia. Nie baru sikit je. Tengah kumpal dan mencari ni. Kalau sampai masa nanti, mesti serabut nak pilih yang mana satu. Yelah kan ni sekali dalam seumur hidup punya event. Umpama Fairytale yang menjadi realiti buat semua wanita tau.




Thursday, April 17, 2014

"Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog"



Try nasib. Kalau menang, dapat edit blog FREE OF CHARGE, tau. Apa tunggu lagi... Kliklah Banner tu.

Gara-gara Kopi...


Hargh... Selamat Pagi.
Apa yang Cik T buat pepagi buta ni?
Huhuhu, buang tabiat ni. Cik T tak dapat nak tidurlah. Ni semua gara-gara minum kopi petang tadi semalam. Tak dapat nak tidur, Cik T pun online la lepas puas tengok TV... baca Lawak Kampus. Tolong adik tengok, kemaskinikan folionya. Last-last, Cik T sempat hasilkan karya Cik T.


Ni salah satu dari yang Cik T sempat buat. Apa macam cantik tak? Dan, Cik T masih terjaga. Segar lagi mata ni. Kopi apa Cik T minum? Kopi L.A tu... Cik T ni minum mana-mana kopi memang takleh tidur malam nanti. Tambahan lagi, Cik T bukanlah peminat Kopi sangat pun. Lepas ni, kalau tak dapat nak tidur gak. Cik T nak main game. Pecah rekod dah ni. Tak pernah Cik T terjaga sampai pukul 2.45 am. Dah nak pukul 3 am dah pun. Kalau korang kan, apa yang korang akan buat kalau korang yang tak dapat nak tidur? Kira biri-biri?



Dah cuba dah. Tak mujarab sangat. Ada cara lain? Hehe...
Agak-agak Cik T akan terjaga sampai pukul berapa ye? Kita tunggu dan lihat. Nanti Cik T update lagi... klik SINI

UPDATE: Huhu... Cik T dapat tidur pun pukul 5 pagi. Wah, dahsyat! Online je tengok-tengok berita, baca Karpal Singh dah meninggal. Terus tukar channel ke Awani. Ternyata betul. Kemalangan katanya. Apa-apapun, R.I.P Karpal Singh.

Wednesday, April 16, 2014

Tuesday, April 15, 2014

Apalah Nasibku

Hello,semua. Lama tak jenguk belog... Sedangkan baru beberapa hari je menghilang. Hari sabtu yang lepas, Cik T ada masalah. Haha, masalah apa pulak ni?
Ok, cam ni. Tidur Cik T terganggu  akibat rasa gatal di kaki. Ingatkan kena nyamuk, Cik T pun garu dan cover kaki dengan selimut. Akibat rasa tak selesa, Cik T bangun awal. Terkejut Cik T bila tengok kaki Cik T cam bengkak-bengkak je rupa.



Bengkak cam dalam gambar tu. Mula-mula,memang kat kaki teruk. Ingatkan benda ni pandai hilang sendiri. Tapi sangkaan Cik T salah, jadi makin teruk pulak. Kali ni sampai ke seluruh badan Cik T. Apalagi bergaru sakanlah Cik T. Mak asyik larang jangan digaru benda tu nanti makin menjadi. Oh Mak, kalau dapat tahan memang handal orang tu. Ni gatal giler. Tak garu pun makin menjadi. Bila pegang kan, panas cam orang yang tengah demam panas je. Cik T sapu dengan bedak yang warna merah tu, bedak anti-septic ke kalau tak silap, ke seluruh badan Cik T. Putih ler jadinya Cik T ni tapi masih gak gatal. Adik-adik semua gelak. Belum diorang rasa kegatalannya. Jangan-jangan korang dah berteriak dah sambil meleleh air mata akibat tak tahan.

Mak suruh tuam dengan air panas. Adalah rasa lega tapi gatal tu masih ada. Last-last, barulah orang hantar Cik T ke hospital. Bila tengok cermin masa tengah tunggu tu, muka Cik T ada bengkak gak. Terkejut Cik T sebab sepanjang hari bergaru je kerja tengok cermin sebelum pergi ke hospital pun tak. Dahlah masa tunggu, Cik T nak garu buntut pun tak dapat. Mak boleh pulak gelak kat Cik T. Nasib baik Cik T pakai jaket tebal sebab masa tu malam kat hospital sejuk lagi tu tambahan boleh cover tangan Cik T yang bengkak-bengkak tu. Cik T garulah badan Cik T. Terseksa betul. 

Bila nama dipanggil, doktor tanya. Kena alergik ke? Hah, Cik T pun tak taulah. Setahu Cik T, Cik T cuma alergik dengan serbuk pencuci je. Kalau pegang pun, guna sarung tangan. Kalau ada alergik lain tu, Cik T tak taulah. Jadi, Cik T pun diberi 2 suntikan. Lepas suntikan ke-2 tu, Cik T pengsan. Sedar-sedar je dah kat atas katil. Bila bangun, badan masih terasa lembik lagi. Cik T diberi ubat alergik, ubat gatal dengan lotion sekali. Masa nak pengsan tu kan, sempat terdengar doktor tu ingat Cik T ni takut kena inject sebab tu pengsan. Wah, hebat sangkaan engkau doktor. Taklah selama ni Cik T tak takutlah dengan jarum. Ni sampai dua kali inject, belum masuk rekod kena inject dulu. Nasib baik mak ada tuk menafikan sangkaan doktor tu. Cik T pengsan sebab kat tempat doktor tu cucuk sakit. Kepala pun rasa pening, berdenyut-denyut je. Mual pun ada.

Balik je Cik T terus tidur. Tak larat Cik T nak bercerita. Keesokkan harinya, adala ok sikit. Gatal pun kurang. Sebab dah makan ubat, Cik T pun senang Knock Out terus. Sebab tulah Cik T tak jenguk belog. Ingatkan semalam nak update. Sekali Cik T K.O. terus. Hari ni dah ok dah. Nasib baiklah. Tapi yang Cik T  masih tak tahu ialah apa yang buat Cik T gatal-gatal? Alergik dengan makanan ke? Tapi takkan ler Cik T alergik dengan ayam. Selama ni makan gak ayam, tak alergik pun.

Kalau boleh kan, kalau lain kali Cik T dah tak nak gi hospital kalu gatal ni datang balik. Trauma Cik T. Kalau gatal tu datang balik, ada apa-apa yang korang boleh share tak cara tuk kurangkan ataupun ubat gatal tu? Sekurang-kurang ye,dapatlah Cik T bersiap-sedia sikit kalau gatal tu datang balik.

Oh ye, Cik T nak ucapkan TERIMA KASIH  BEBANYAK kepada semua yang follow Cik T. Makin meningkat follower Cik T. Terima Kasih ye.

Wednesday, April 9, 2014

"1st Giveaway dan Tambah Followers by LISA HLOVATE"


Klik Banner untuk join.



Oh My English!...bukan rancangan TV tu ye.

Dapat call dari tempat yang Cik T interview hari tu. Akhirnya tapikan kena tunggu sampai bulan June lah pula sebab bangunan tempat Cik T kerja nanti (itupun kalau confirm) belum siap dibina.
Tapi yang pasti, Cik T kena mantapkan lagi Bahasa English Cik T. Yelah, penting tau Bahasa English ni ye adik-adik sekalian. 

Kenapa? Sebab kalau kena interview nanti mesti diorang suruh cakap dalam BI. Takkan nak guna Manglish. Cik T pun bukannya hebat sangat BI ni pun. Terfikir juga nak ambil kelas Bahasa English tuk orang dewasa. Biar nanti ada gak confident nak cakap bahasa omputih,kan. Lagipun kebanyakkam kerja memang memerlukan Bahasa English. Jangan kat atas kertas je Bahasa English tu ok. Speaking pun kena ok gak.
Jangan pulak sampai tak tahu nak cakap bahasa ibunda kita sendiri.

Oh ye, kepada kengkawan bloggerku. Cik T nak tanya ni. Selain Nuffnang dan Churp Churp, ada benda lain lagi ke untuk menambahkan jumlah duit blog? Atau share ke apa-apa yang Cik T belum tau lagi... Yelah, budak baru belajar, ambil galah tolong jolokkan,
Cik T nie blogger baru nak belajar, kalau sudi tolong ajarkkan.

Tuesday, April 8, 2014

Cerita Cik T di Bario - Part 3

 Hari Ke- 3

Hari ke-3, tiba masanyer tuk balik semula ke Bario. Tapi masalahnya hari hujan. Jadi jalan tak dapat dilalui oleh kereta dan juga moto. Sebab jalan cuma diturap halfway je. Jalan sini jalan tanah kuning. So, pagi tu decide nak call tapi sini susah sikit nak cari line. Kalau dah jumpa line tu, tak dapat nak berganjak ke tempat lain. Serius kalau dapat ambil gambar masa tu memang lucu, hampir seisi rumah cari line kat beranda rumah. Siap panjat lagi berpaut kat tiang. 


 Nilah pemandangan waktu pagi kat Pa'Ukat.

Pukul 9.20 pagi, barulah Cik T bertolak balik ke klinik. Jalan kaki ye. Cik T tawarkan diri bawa bakul yang penuh dengan barang. Mau nya tak berat. Kasihan tengok mak yang bawa, baik Cik T yang bawa. Terseksa gak bawa naik bukit curam. Semput bila sampai atas. Itupun belum habis lagi, baru separuh bukit tu je. Cik T bertolak dulu dengan Mak Long, Pak Long dan Cousin Cik T, Ida. Jauh gak perjalanan balik. Lebih kurang sejam. Bila lalu satu homestay, diorang suruh singgah dulu. Dapat gak buang penat. Time tulah group mak, adik dengan saudara yang lain dapat catch up. Kami pun berkumpul kat sana sebelum bertolak lagi.

Kali ni, Cik T dengan Ida dan adiknya bergerak dulu. Bila dah nak sampai,tergerak hati nak tengok ke belakang. Sekali tengok mak dengan saudara yang lain guna kereta. Wah, seronok ye naik kereta. Kita pun naik sekali. Pemandu ni tadi berhenti suruh mereka naik ke belakang. Nasib baik ada yang baik hati. Bila sampai kat klinik, semua berebut nak charges handphone dengan camera. Kita pun recharges balik energy yang hilang dengan tidur sebentar.

Petang tu, jalan lagi. Disuruh oleh Ida naik Bukit Nanas tak jauh dari rumah. Gila kau, semput Cik T naik bukit tu tapi berbaloi.

View dari Bukit Nanas. Dipanggil Bukit Nanas sebab banyak nanas ditanam kat bukit ni.

Bila tengah syok snap dan tengok pemandangan dari atas , terdengar suara sayu-sayu memanggil. Rupa-rupanya, yang lain nak jalan-jalan meronda keliling kampung. Tengok-tengok sekolah kat sana. Cik T dan Ida turun dengan pantasnya. Oh ye lupa, ni pula gambar pasar kat Bario. Tak besar,kecik je.

Masa jalan tu, ada ternampak tugu peringatan tuk yang kapal terbang yang terhempas dulu.
R.I.P
Ni pula kawasan airport lama.

Ni pula bangkai-bangkai kapal terbang dan heli yang terhempas pada suatu masa dahulu.

Kalau kat bandar ni, dah lama hilang dah semua yang besi-besi tu. Ni dah berpuluh tahun. Masih ada lagi kat sana. Bila jalan, sana sini kerbau dengan sawah padi. Toleh kiri sawah padi, tolak kanan sawah padi. Tengok depan, eh kerbau. Hehe, banyak gak 'sponge cake' yang ada kena kerbau. Kebanyakan penduduk kat sini beragama kristian. Cuma 1 atau 2 buah keluarga sahaja yang beragama Islam.
 Jalan punya jalan, tak sedar pula masa berlalu. Jadi kami pun balik. Esok kata mereka, kami akan ke Bario Asal. So, simpan tenaga tuk esok.


  Hari ke-5 (yang ke-4 takde, sebab hari hujan. So, duduk kat rumah. Tengok 'Frozen' berulang-ulang kali. Lagu 'Let It Go' dan 'Do you want to build a Snowman' asyik bermain kat dalam kepala sampai sekarang. Dengan watak Olaf tu sekali, "I dont have a skull...or bone." Tapi cerita tu best.)


Kerbau ni tadi kat tengah jalan. Takut kena kejar pula tapi nasib baik tak.

Hari ke-4,Kami berjalan ke Bario Asal pada waktu petang. Pagi tadi hujan. Jalannya masuk jauh sikit dari simpang masuk sekolah.
Bila sampai kat Bario Asal, tengok kat sana masih ada lagi rumah panjang sebab sekarang kebanyakan rumah  berkelompok.

Antara gambar rumah panjang kelabit yang Cik T sempat snap.


Kat Pa'Ukat pun ada gak rumah panjang, cuma ianya pendek. Bila masuk dalam, memang jauh berbeza dari rumah panjang orang Iban. Kalau rumah panjang Iban, bahagian berandanya yang bersambung tapi rumah panjang kelabit. Biliknya yang bersambung. Dinding diantara bilik jiran sebelah memang terbuka. Pendek kata, takde dinding. Patutlah mak kata dulu best. Kalau ada rezeki dari hutan, mereka akan share dengan yang penduduk rumah panjang yang lain. Tak lokek.

Dapur kayu api kat dalam rumah panjang.

Lepas tu pergi pula ke Rumah Panjang Ulo Palang (rasanyer cam salah je Cik T eja ni). Atas bukit. Huh, naik bukit lagi. 
Semput Cik T naik atas tu. Orang kat sini memang kuat dan sihat. Cik T tambik spring kat korang.

Ni gambar rumah panjang tu.

Ni pula tomato bario.
View dari atas bukit.


Keesokkan hari, Cik T cuma duduk kat rumah je. Kebetulan hari pun hujan dan saudara yang lain dah balik ke Miri. Kalau tak hujan, plan tadi nak ke Pa' Umor nak tengok tempat orang buat garam Bario dan jambatan gantung sekali. Tapi takde rezeki hujan pula turun. Kat Pa' Depur, ada aktiviti kayak juga tau. Belum sempat juga Cik T pergi ke sana. Masa tak mengizikan. Lain kali, Cik T nak jalan puas-puas. Ambil cuti lama sikit. Pada hari tu juga sempat pergi ke Pa' Ukat balik. Bertemu lagi dengan bukit yang curam tu. Jalan kaki kat tanah kuning tu je. Nasiblah.

Garam dan Kayu Manis Bario antara yang dibawa balik.

Lusanya, Cik T pun pulang ke Miri. Masa dalam airplane tu. Sempat naik moto dari Pa'Ukat nak ke klinik. Merasa angin sejuk Bario buat kali terakhir. Tunggu flight tiba, tak terasa pula hibanya. Bila dah terbang dan pandang ke bawa tengok Bario hingga Bario hilang dari pandangan, sedar tak sedar air mata turun. Sedih sebab pikir bila lagi dapat pergi ke Bario. Bila lagi dapat jumpa saudara kat sana terutama sekali cousin- cousin ku. Bubye Bario. Harap-harap janganlah ni jadi trip Cik T yang first dan last ke Bario. Until we meet again. 

P/S: Banyak lagi tempat Cik T belum pergi. Dan masih belum puas lagi. Antarnya cam tempat-tempat yang ada batu ni.