Tuesday, April 15, 2014

Apalah Nasibku

Hello,semua. Lama tak jenguk belog... Sedangkan baru beberapa hari je menghilang. Hari sabtu yang lepas, Cik T ada masalah. Haha, masalah apa pulak ni?
Ok, cam ni. Tidur Cik T terganggu  akibat rasa gatal di kaki. Ingatkan kena nyamuk, Cik T pun garu dan cover kaki dengan selimut. Akibat rasa tak selesa, Cik T bangun awal. Terkejut Cik T bila tengok kaki Cik T cam bengkak-bengkak je rupa.



Bengkak cam dalam gambar tu. Mula-mula,memang kat kaki teruk. Ingatkan benda ni pandai hilang sendiri. Tapi sangkaan Cik T salah, jadi makin teruk pulak. Kali ni sampai ke seluruh badan Cik T. Apalagi bergaru sakanlah Cik T. Mak asyik larang jangan digaru benda tu nanti makin menjadi. Oh Mak, kalau dapat tahan memang handal orang tu. Ni gatal giler. Tak garu pun makin menjadi. Bila pegang kan, panas cam orang yang tengah demam panas je. Cik T sapu dengan bedak yang warna merah tu, bedak anti-septic ke kalau tak silap, ke seluruh badan Cik T. Putih ler jadinya Cik T ni tapi masih gak gatal. Adik-adik semua gelak. Belum diorang rasa kegatalannya. Jangan-jangan korang dah berteriak dah sambil meleleh air mata akibat tak tahan.

Mak suruh tuam dengan air panas. Adalah rasa lega tapi gatal tu masih ada. Last-last, barulah orang hantar Cik T ke hospital. Bila tengok cermin masa tengah tunggu tu, muka Cik T ada bengkak gak. Terkejut Cik T sebab sepanjang hari bergaru je kerja tengok cermin sebelum pergi ke hospital pun tak. Dahlah masa tunggu, Cik T nak garu buntut pun tak dapat. Mak boleh pulak gelak kat Cik T. Nasib baik Cik T pakai jaket tebal sebab masa tu malam kat hospital sejuk lagi tu tambahan boleh cover tangan Cik T yang bengkak-bengkak tu. Cik T garulah badan Cik T. Terseksa betul. 

Bila nama dipanggil, doktor tanya. Kena alergik ke? Hah, Cik T pun tak taulah. Setahu Cik T, Cik T cuma alergik dengan serbuk pencuci je. Kalau pegang pun, guna sarung tangan. Kalau ada alergik lain tu, Cik T tak taulah. Jadi, Cik T pun diberi 2 suntikan. Lepas suntikan ke-2 tu, Cik T pengsan. Sedar-sedar je dah kat atas katil. Bila bangun, badan masih terasa lembik lagi. Cik T diberi ubat alergik, ubat gatal dengan lotion sekali. Masa nak pengsan tu kan, sempat terdengar doktor tu ingat Cik T ni takut kena inject sebab tu pengsan. Wah, hebat sangkaan engkau doktor. Taklah selama ni Cik T tak takutlah dengan jarum. Ni sampai dua kali inject, belum masuk rekod kena inject dulu. Nasib baik mak ada tuk menafikan sangkaan doktor tu. Cik T pengsan sebab kat tempat doktor tu cucuk sakit. Kepala pun rasa pening, berdenyut-denyut je. Mual pun ada.

Balik je Cik T terus tidur. Tak larat Cik T nak bercerita. Keesokkan harinya, adala ok sikit. Gatal pun kurang. Sebab dah makan ubat, Cik T pun senang Knock Out terus. Sebab tulah Cik T tak jenguk belog. Ingatkan semalam nak update. Sekali Cik T K.O. terus. Hari ni dah ok dah. Nasib baiklah. Tapi yang Cik T  masih tak tahu ialah apa yang buat Cik T gatal-gatal? Alergik dengan makanan ke? Tapi takkan ler Cik T alergik dengan ayam. Selama ni makan gak ayam, tak alergik pun.

Kalau boleh kan, kalau lain kali Cik T dah tak nak gi hospital kalu gatal ni datang balik. Trauma Cik T. Kalau gatal tu datang balik, ada apa-apa yang korang boleh share tak cara tuk kurangkan ataupun ubat gatal tu? Sekurang-kurang ye,dapatlah Cik T bersiap-sedia sikit kalau gatal tu datang balik.

Oh ye, Cik T nak ucapkan TERIMA KASIH  BEBANYAK kepada semua yang follow Cik T. Makin meningkat follower Cik T. Terima Kasih ye.

No comments:

Post a Comment