Friday, April 4, 2014

Cerita Cik T di Bario - PART 1

Hai, semua.
Lama Cik T bercuti panjang. Bercuti kat mana? Bercuti ke Bario. Kampung Ibuku yang tersayang.
Hurmm,dari mana nak start cerita yer? Hehehe...
Ok, jom kita mulakan perjalanan ini.



Hari Pertama
 Tiba di Airport Miri pada pukul 8. Terus pergi ke kaunter tiket,nak pergi timbang. Berdiri kat atas penimbang dengan beg-beg sekali yang dibawa masuk ke tempat duduk. Yang tak tu, masuk kargolah tapi kena timbang juga. Lepas tu tunggu kat balai pelepasan. Hurgh, punyalah lama menunggu. So, kita ambik gambar...

Adik dengan Cik T

Lebih kurang nak pukul 10 pagi, baru masuk dalam airplane.




Airplane yang hujung sekali tulah yang Cik T guna, MasWing Twin Otter MH3434. Yang ni yang baru,ada radar lagi tu. Yang lama takde, time balik guna airplane yang lama tapi Cik T lupa nak ambik gambar...tertidur..hehe...


Penerbangan dijangka mengambil masa 38 minit dari airport Miri ke Bario. Dan ini pemandangan yang sempat  Cik T ambil masa dah sampai kat Bario.


Gambar ni Cik T main snap je. Bila check balik, tak sangka dapat pulak gambar batu yang menurut orang kampung kat sini ada mitosnya. Kalau korang nampak yang dalam bulatan merah tu, ada batu tinggi dan batu pendek. Batu ni saya panggil "Batu Laki Bini". Kenapa? Sebab menurut cerita orang dulu (ini yang Cik T dengarlah) si Isteri (batu pendek) telah dibuang kepalanya oleh penduduk kampung..tak tau kenapa. Akibat malu, si Suami (batu tinggi) akan menyembunyikan si Isteri. So, Cik T dikira bertuah sebab dapat ambil gambar dua-dua batu tu sebab kekadang susah nak tengok batu yang pendek tu oleh kerana batu tu akan disembunyikan oleh 'suami'nya. Kalau nak pergi tengok batu tu lebih dekat boleh, tapi kena kuatlah sebab jalan jauh dan bergunung-gunung lagi tu. 

Gunung Batu Lawih..Tandanya dah sampai kat Bario.Tak jauh dari Batu Laki Bini tadi.
Bario. View dari atas. Bila jalan kaki, tak terasa pulak jauh...
Kat Aiport Bario. Sempat bergambar kat landasan airport...


   Bila keluar je dari pesawat, terus terasa sejuk bila angin bertiup. Nyaman tau. Kami tinggal dengan saudara yang kerja klinik kesihatan di Bario. So, jimat duit dan tak payah menginap kat homestay. Kat Bario, banyak homestay. Sana sini homestay. On the way ke rumah saudara, Cik T guna motosikal dengan mak cik Cik T. Yang lain-lain, guna hilux. Prefer guna moto sebab nak tengok pemandangan sambil tu snap-snap ler. Cantik. Bario dikelilingi bukit, gunung. 



Sampai je kat rumah saudara di kuaters klinik, Cik T kagum dengan kecantikkan alam di Bario. Kat sana pun sekejap, lebih kurang sejam kemudian kami bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke Pa'Ukat, kampung cousin Cik T.

Kuaters klinik.Cantik,kan?

Oh ye, lupa nak tunjuk kat korang gambar map Bario yang Cik T dapat kat airport. Senang korang nak tau tempat nanti.



                             
Kami pergi ke sana guna kereta hilux. Itu saudara yang bawa. Kalau untuk tourist, Cik T tak pasti sangat berapa bayar tambang kalau nak ke Pa'Ukat dari eBario. Kat Pa' Ukat, lagilah sejuk tambah lagi hari nak hujan.

Pa'Ukat

Sebelum hari sempat hujan, Cik T dengan cousin sempat jalan-jalan di sekitar kampung. Sana sini sawah padi, anjing pun banyak sebab orang sini suka pergi berburu. Tapi, anjing sini friendly. Betul. Dia tak menyalak kat kita sebab tourist selalu datang. Jadi, dia dah biasa. Nak ajak bermain ada juga. Kalau anjing pun dah friendly, apa lagi tuan-tuannya. Kalau ada jumpa orang kampung, mereka akan bertanya khabar dengan korang. Apalagi kalau korang ni ada saudara berbangsa kelabit. Macam Cik T, mak yang berbangsa kelabit. Diorang tanya dalam bahasa kelabit, Cik T tak tau nak jawap cam mana. Nak harapkan translator Cik T (cousin) cam payah sangat. So, cakap dalam BM jelah. Bila balik rumah, complain kat mak. Mak pun cakap orang kat Bario memang cam tu suka bertanya tambah lagi mesra gitu. Mak pun tanya Cik T dengan adik jawap apa. Cik T cakaplah...Anak mak siap sebut nama lagi. Tapi, Cik T sebut yang pendek je tambahan lagi banyak yang sama nama kat Bario ni. Orang pun tak kenal. Mak dengan saudara yang lain gelak. Cik T pun cakap yang mak tak practice dulu dengan kita orang dengan semua ni....

Tak lama lepas tu, banyaklah orang yang datang berkunjung. Siap bawa beras bario untuk kami semua. Kalau masih ada rumah panjang kelabit. Memang meriah ler jadinyer. Yang tu Cik T tunjuk lain hari...

Bila malam menjelma, mau taknya mengigil. Berangan sekejap macam kat negara omputih. Huhu...Jaket tebal tak cukup.Time tidur pakai stocking dengan selimut. Ambik kau penangan sejuk kat Pa'Ukat. Air kat sana...Jangan cakaplah...Cam ada letak batu ais je. 24 jam. Tak kira waktu tu tengah hari ke panas terik macam mana pun. Memang sejuk air dengan angin kat sini. Itulah orang tua kat sana ada bergurau dengan Cik T,"Kat sini tak payah aircond. kita ada aircond semula jadi punya. Tapi masalahnya, susah mau cari remote mau control itu suhu. Sentiasa sejuk saja". Serius, bila korang berkunjung ke mana-mana rumah orang kat sini memang tak ada satu pun kipas ataupun aircond. Tak percaya?Percayalah.....



Klik Sini ,Sini ,dan Sini.......


2 comments:

  1. salam sejahtera. Maaf sy ingin dapatkan sedikit info Bario. Nampak menarik dan ingin buat 'adventure ride' ke Bario. Ada jalanraya/darat dari Miri ke Bario ? ….. offroad ? Brpa kilometer ?
    tempat2 menarik d Bario atau sepanjang perjalanan ke Bario ?

    ReplyDelete