Tuesday, April 8, 2014

Cerita Cik T di Bario - Part 2

 Hari Ke-2


Hari ke-2, Cik T bangun awal. Terus gi bilik air nak berus gigi dah cuci muka. Bila sentuh je air...Fuhyoo!! Sejuk giler. Tapi, apakan dayaku. Sebab Cik T tetap gak nak cuci muka, Cik T basah gak muka ni dengan air yang sejuk giler tu. Kalau rasa mengantuk ni, memang terus rasa fresh bila terkena air kat sini. Bila keluar, tengok gunung masih lagi berkabus. Pukul 6.30 pagi, merayau kat luar nak hidu fresh air yang sememangnya clean and clear. Haha, sejuk angin kat luar. Yang lain-lain masih lagi lena diulit mimpi. Hmm, beat sangat tidur masa sejuk-sejuk,ye. Masa cam ni, kebanyakkan penduduk kampung ada yang dah turun pergi ke sawah padi. Rajin diorang kat sini. Kalau Cik T mungkin masih bergulung kat atas katil ni. Bila naik je ke rumah, tengok-tengok yang lain dah bangun. Berkumpul kat dapur kayu api.



Program hari ni, kami akan ke sawah padi. Hehehe..bukan nak tuai padi yer. Jauh perjalanan tu, lebih kurang sejam untuk pergi  ke sana.






Antara pemandangan yang sempat Cik T ambil. Adventure jugak jalan nak ke sana. Kena lalu beberapa jambatan buluh. Jalan pun tak berapa nak rata sangat disebabkan oleh  kerbau yang selalu orang bawa ke sawah. Bila sampai je, Cik T pun snap-snap la. Bertolak tadi lebih kurang pukul 9 pagi. Jadi, sampai kat sini pukul 10.

Sawah padi. Cantik view dia,kan?

Ni lesung untuk menumbuk padi. Berat tau.

Ni tempat diorang simpan/jemur padi.

Pondok di tepi sawah

Mak Cik T tengah tangkap ikan di dalam sawah.

Dan ini hasilnyer. Banyak,kan?

Cik T pula? Selain jadi jurugambar yang tak bergaji, Cik T terus terjun ke sungai. Bila terjatuh dalam sawah padi. Cik T terpaksa terjun lagi ke dalam sungai.


Lepas tu balik. Bila balik, Cik T terpaksa beri piggyback kat cousin Cik T yang kecik. Letih katanya. Ye, sepanjang perjalanan  balik Cik T bawa dia. Letih tapi nak buat cam mana,kan? Memandang Cik T yang mendahului dengan budak-budak kecil. Yang group dewasa lak jauh dibelakang, jadi yang Cik T ler yang piggyback yang kecik sebab Cik T 'budak paling tua' antara diorang ni.Kuatnyer Cik T..huhu, nasib baik gak tak pengsan tengah jalan. Kalau tak, terbalik pula nanti. Sekali tengok budak yang bawa yang dewasa. Waduh, malu Cik T nanti.

Petang tu lepas rehat-rehat, kita jalan lagi. Meronda sekitar kampung Pa'Ukat. Time tu cuaca mendung. Semangat nak berjalan ni, lupa terus sakit-sakit kat badan. Yelah, bukannya selalu dapat pergi Bario. Dibawa pergi tengok jalan ke Pa'Lungan. Kalau ikut jalan darat memang jauhlah. Jalan air pun ada, guna perahu panjang kalau nak ke sana. Kalau orang tua kat sini, mereka lebih suka jalan kaki ke Pa'Lungan. Cik T? Setengah jalan dah surrender. Jalan ke sana lebih...sangat-sangat adventure dari jalan ke Pa'Ukat. Bukitnya curam. Turun naik, turun naik gitu...Kau nak?Kalau kuat, bolehler.
Malam tu baru terasa sakit badan.Huhu....









No comments:

Post a Comment