Tuesday, April 8, 2014

Cerita Cik T di Bario - Part 3

 Hari Ke- 3

Hari ke-3, tiba masanyer tuk balik semula ke Bario. Tapi masalahnya hari hujan. Jadi jalan tak dapat dilalui oleh kereta dan juga moto. Sebab jalan cuma diturap halfway je. Jalan sini jalan tanah kuning. So, pagi tu decide nak call tapi sini susah sikit nak cari line. Kalau dah jumpa line tu, tak dapat nak berganjak ke tempat lain. Serius kalau dapat ambil gambar masa tu memang lucu, hampir seisi rumah cari line kat beranda rumah. Siap panjat lagi berpaut kat tiang. 


 Nilah pemandangan waktu pagi kat Pa'Ukat.

Pukul 9.20 pagi, barulah Cik T bertolak balik ke klinik. Jalan kaki ye. Cik T tawarkan diri bawa bakul yang penuh dengan barang. Mau nya tak berat. Kasihan tengok mak yang bawa, baik Cik T yang bawa. Terseksa gak bawa naik bukit curam. Semput bila sampai atas. Itupun belum habis lagi, baru separuh bukit tu je. Cik T bertolak dulu dengan Mak Long, Pak Long dan Cousin Cik T, Ida. Jauh gak perjalanan balik. Lebih kurang sejam. Bila lalu satu homestay, diorang suruh singgah dulu. Dapat gak buang penat. Time tulah group mak, adik dengan saudara yang lain dapat catch up. Kami pun berkumpul kat sana sebelum bertolak lagi.

Kali ni, Cik T dengan Ida dan adiknya bergerak dulu. Bila dah nak sampai,tergerak hati nak tengok ke belakang. Sekali tengok mak dengan saudara yang lain guna kereta. Wah, seronok ye naik kereta. Kita pun naik sekali. Pemandu ni tadi berhenti suruh mereka naik ke belakang. Nasib baik ada yang baik hati. Bila sampai kat klinik, semua berebut nak charges handphone dengan camera. Kita pun recharges balik energy yang hilang dengan tidur sebentar.

Petang tu, jalan lagi. Disuruh oleh Ida naik Bukit Nanas tak jauh dari rumah. Gila kau, semput Cik T naik bukit tu tapi berbaloi.

View dari Bukit Nanas. Dipanggil Bukit Nanas sebab banyak nanas ditanam kat bukit ni.

Bila tengah syok snap dan tengok pemandangan dari atas , terdengar suara sayu-sayu memanggil. Rupa-rupanya, yang lain nak jalan-jalan meronda keliling kampung. Tengok-tengok sekolah kat sana. Cik T dan Ida turun dengan pantasnya. Oh ye lupa, ni pula gambar pasar kat Bario. Tak besar,kecik je.

Masa jalan tu, ada ternampak tugu peringatan tuk yang kapal terbang yang terhempas dulu.
R.I.P
Ni pula kawasan airport lama.

Ni pula bangkai-bangkai kapal terbang dan heli yang terhempas pada suatu masa dahulu.

Kalau kat bandar ni, dah lama hilang dah semua yang besi-besi tu. Ni dah berpuluh tahun. Masih ada lagi kat sana. Bila jalan, sana sini kerbau dengan sawah padi. Toleh kiri sawah padi, tolak kanan sawah padi. Tengok depan, eh kerbau. Hehe, banyak gak 'sponge cake' yang ada kena kerbau. Kebanyakan penduduk kat sini beragama kristian. Cuma 1 atau 2 buah keluarga sahaja yang beragama Islam.
 Jalan punya jalan, tak sedar pula masa berlalu. Jadi kami pun balik. Esok kata mereka, kami akan ke Bario Asal. So, simpan tenaga tuk esok.


  Hari ke-5 (yang ke-4 takde, sebab hari hujan. So, duduk kat rumah. Tengok 'Frozen' berulang-ulang kali. Lagu 'Let It Go' dan 'Do you want to build a Snowman' asyik bermain kat dalam kepala sampai sekarang. Dengan watak Olaf tu sekali, "I dont have a skull...or bone." Tapi cerita tu best.)


Kerbau ni tadi kat tengah jalan. Takut kena kejar pula tapi nasib baik tak.

Hari ke-4,Kami berjalan ke Bario Asal pada waktu petang. Pagi tadi hujan. Jalannya masuk jauh sikit dari simpang masuk sekolah.
Bila sampai kat Bario Asal, tengok kat sana masih ada lagi rumah panjang sebab sekarang kebanyakan rumah  berkelompok.

Antara gambar rumah panjang kelabit yang Cik T sempat snap.


Kat Pa'Ukat pun ada gak rumah panjang, cuma ianya pendek. Bila masuk dalam, memang jauh berbeza dari rumah panjang orang Iban. Kalau rumah panjang Iban, bahagian berandanya yang bersambung tapi rumah panjang kelabit. Biliknya yang bersambung. Dinding diantara bilik jiran sebelah memang terbuka. Pendek kata, takde dinding. Patutlah mak kata dulu best. Kalau ada rezeki dari hutan, mereka akan share dengan yang penduduk rumah panjang yang lain. Tak lokek.

Dapur kayu api kat dalam rumah panjang.

Lepas tu pergi pula ke Rumah Panjang Ulo Palang (rasanyer cam salah je Cik T eja ni). Atas bukit. Huh, naik bukit lagi. 
Semput Cik T naik atas tu. Orang kat sini memang kuat dan sihat. Cik T tambik spring kat korang.

Ni gambar rumah panjang tu.

Ni pula tomato bario.
View dari atas bukit.


Keesokkan hari, Cik T cuma duduk kat rumah je. Kebetulan hari pun hujan dan saudara yang lain dah balik ke Miri. Kalau tak hujan, plan tadi nak ke Pa' Umor nak tengok tempat orang buat garam Bario dan jambatan gantung sekali. Tapi takde rezeki hujan pula turun. Kat Pa' Depur, ada aktiviti kayak juga tau. Belum sempat juga Cik T pergi ke sana. Masa tak mengizikan. Lain kali, Cik T nak jalan puas-puas. Ambil cuti lama sikit. Pada hari tu juga sempat pergi ke Pa' Ukat balik. Bertemu lagi dengan bukit yang curam tu. Jalan kaki kat tanah kuning tu je. Nasiblah.

Garam dan Kayu Manis Bario antara yang dibawa balik.

Lusanya, Cik T pun pulang ke Miri. Masa dalam airplane tu. Sempat naik moto dari Pa'Ukat nak ke klinik. Merasa angin sejuk Bario buat kali terakhir. Tunggu flight tiba, tak terasa pula hibanya. Bila dah terbang dan pandang ke bawa tengok Bario hingga Bario hilang dari pandangan, sedar tak sedar air mata turun. Sedih sebab pikir bila lagi dapat pergi ke Bario. Bila lagi dapat jumpa saudara kat sana terutama sekali cousin- cousin ku. Bubye Bario. Harap-harap janganlah ni jadi trip Cik T yang first dan last ke Bario. Until we meet again. 

P/S: Banyak lagi tempat Cik T belum pergi. Dan masih belum puas lagi. Antarnya cam tempat-tempat yang ada batu ni.




No comments:

Post a Comment