Wednesday, April 9, 2014

Oh My English!...bukan rancangan TV tu ye.

Dapat call dari tempat yang Cik T interview hari tu. Akhirnya tapikan kena tunggu sampai bulan June lah pula sebab bangunan tempat Cik T kerja nanti (itupun kalau confirm) belum siap dibina.
Tapi yang pasti, Cik T kena mantapkan lagi Bahasa English Cik T. Yelah, penting tau Bahasa English ni ye adik-adik sekalian. 

Kenapa? Sebab kalau kena interview nanti mesti diorang suruh cakap dalam BI. Takkan nak guna Manglish. Cik T pun bukannya hebat sangat BI ni pun. Terfikir juga nak ambil kelas Bahasa English tuk orang dewasa. Biar nanti ada gak confident nak cakap bahasa omputih,kan. Lagipun kebanyakkam kerja memang memerlukan Bahasa English. Jangan kat atas kertas je Bahasa English tu ok. Speaking pun kena ok gak.
Jangan pulak sampai tak tahu nak cakap bahasa ibunda kita sendiri.

Oh ye, kepada kengkawan bloggerku. Cik T nak tanya ni. Selain Nuffnang dan Churp Churp, ada benda lain lagi ke untuk menambahkan jumlah duit blog? Atau share ke apa-apa yang Cik T belum tau lagi... Yelah, budak baru belajar, ambil galah tolong jolokkan,
Cik T nie blogger baru nak belajar, kalau sudi tolong ajarkkan.

No comments:

Post a Comment