Sunday, May 18, 2014

No Title Entry....


Helo, teman-teman blogger sekalian.
Huhu, lama tak jenguk bukan apa busy sikit bulan ni. Memandang tak lama lagi Hari Gawai datang.
So, nak buat persiapan untuk gawailah ni. Buat kuih yang orang kampung suruh buat. Semenjak diorang ni tau Cik T tau buat kuih(takler terer sangat, nasib je menjadi...hehe). Banyak pulak yang kena buat.



Tambah-tambah lagi, Cik T tak berapa sihat lah pulak. Asyik keluar masuk tandas je, ni pun dah masuk hari ke-6. Huh,dahsyat Cik T. Sampai takde isi dah perut ni.
Makan ubat dah, minum teh pekat dah, air garam pun dah. Tapi masih juga cam ni. Dahlah tu makan lagi aiskrim, menambahkan lagi sakitnya. Kan dah kena bebel orang. Padan muka. Dahlah malam semalam, bapa ternampak ular kat luar rumah. Nasib ayam, itik, burung, kucing tak kena attack. Nasib baik juga anjing family Cik T iaitu Hitam selamat sebab masa tu ular tu pergi ke arah Hitam. Nasib baik sempat selamatkan Hitam.
 So, mungkin buat masa ni Cik T tak dapat nak update selalu. So, bila ada masa Cik T akan update pasal Hari Gawai kat korang. OK.
Chow....

No comments:

Post a Comment