Friday, May 9, 2014

Nyamuk, kenapa aku?

Nyamuk memang menjengkelkan. Lepas seekor, seekor pulak datang. Aduh, dahlah kulit Cik T ni sensitif giler sekarang. Garu sikit dan teruk jadinya. Buruk rupa kaki Cik T dek kerana parut.

Mesti korang hairan kan. Kenapa dalam satu bilik tu korang je yang asyik kena? Bukan korang je yang kena gigit, orang lain pun kena gak tapi yang kerap kena gigit tu korang. Pelik,kan? Contohlah, dalam 5 orang yang ada tu kat ruang tamu tu. Engkau aja yang kena.

Ada yang kata, darah kau tu manis tu pasallah nyamuk suka. Ha, itu, Cik T selalu dengar. Darah manis? Biarler nyamuk tu mati kena kencing manis nanti. Suka sangat hisap darah, dahler ambik secara paksa. Vampire kecik, halus tu kalau ada Cik T nampak. Cik T smash sekuat hati biar lunyai nyamuk tu. Baru puas hati.

Ni pua info-info yang Cik T dapat time google. Antarnya :-

Tubuh badan yang banyak keluarkan karbon dioksida.
Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida yang dikelurkan oleh tubuh kita. Jadi, mereka yang mempunyai kadar karbon dioksida yang tinggi mempunyai kemungkinan yang besar  untuk digigit nyamuk.Patutlah ada satu perangkap nyamuk ni kalau tak silap Cik T dia guna yeast dan gula (dah lama dah Cik T pun dah tak ingat sangat), ianya mengeluarkan karbon dioksida dan mampu menarik nyamuk masuk ke dalam perangkap. Itu cara murah dan mesra alam. Dan, mereka yang berbadan besar banyak mengeluarkan karbon dioksida.

Golongan jenis darah.
Mereka yang berdarah jenis O dan A lebih cenderung untuk digigit manakala darah B lebih kurang digigit. Entahlah sedangkan Cik T yang berdarah B pun kena gigit lagi banyak dari family yang lain.

Berkulit lembut.


Mereka yang memiliki kulit lembut senang nak kena gigit nyamuk kerana senang untuk nyamuk masukkan taringnya.

Memiliki suhu badan yang panas.
Mereka yang mengeluarkan haba yang banyak cenderung untuk digigit nyamuk kerana nyamuk tertarik dengan haba panas. Macam predator betullah nyamuk  ni. Kalau pakai baju warna gelap, lagi nyamuk tertarik sebab warna gelap kan memerangkap haba.

Banyak lagi info kenapa nyamuk suka sangat kat korang. Korang boleh cari kat Google. Korang boleh cari macam mana nak buat perangkap nyamuk. Boleh buat experiment dengan anak-anak,kan. Tapi, kalau dah anti giler dengan nyamuk tu. Buat gotong-royonglah ye lagi bagus. At least, kurang sikit nyamuk tu.


No comments:

Post a Comment