Saturday, May 3, 2014

Macam-macam Kerenah Betullah

Hello,semua. 
Dah bebearapa hari tak update belog. Dalam beberapa hari tu gaklah yang banyak benda berlaku. Tapi nanti tulis pendek je.... Hehe,malasler tu. Ingat nak update hari tu gak tapi letih giler time tu.... Hehe...

Nak online pun line tak ok. Boikot nanti kang baru kau tau. Yang datang Blogwalking tu, kalau line okey Cik T akan balas kunjungan, ok.



Nak  bising sal orang yang tangan panjang ni. Tau tak apa yang Si tangan panjang ni curi? Diorang curi buah yang mak Cik T tanam. Susah payah orang tanam, diorang senang-senang ambik. Dahlah belum merasa lagi. Diorang pula yang senang-senang makan. Tu baru buah. Ada lagi tau. Ayam mak Cik T pun dah berapa kali hilang. Ayam serama 3 ekor sekaligus hilang. Sayang tau. Ayam serama tu semua orang yang beri. Jinak dan cute pulak tu. Ayam kampung yang mak nak biarkan hidup (sebab mak pelihara ayam dan itik pun pakai sembelih gak) pun diorang kebas. Dasar orang yang mencuri ni memang pendek akal. Geram Cik T tau. Kalau dia sembelih ayam tu, haraplah diorang sakit perut bila makan ayam dan buah tu sekali. Buah yang diorang ambil pun belum masak sangat. Masih muda lagi. Tak taulah manusia jenis apa diorang ni. Kalau nak pun, mintalah. Kami akan beri punyalah.

Yang cerita ni pula time Hari Pekerja. Banyak giler manusia kat pasar. Biasalah cuti dan of course ler jammed. Cik T dan family pergi ler shopping kat supermarket. Nak cari parking tu memang payahlah sebab banyak orang. Jadi ceritanya, adalah kereta kancil ni nak keluar tapi kena block dengan kereta proton saga yang nak parking kat sebelah kereta kancil tu. Belum sampai 5 minit pun, keluar ler mak cik yang drive kereta kancil tu. Apalagi mengamuk ler dia kat sana. Hui, ganas giler. Dah ler yang drive kereta proton tu laki. Masalahnyerkan parking sempit. Ini semua disebabkan orang yang ingat kereta dia besar dia boleh ambil dua parking kekadang. Ada pulak yang parking kereta tu senget. Hebat cara diorang ni bawa kereta. Tapi mak cik tu pun satu, tak tau nak bersabar ke. Hai, Dunia. Nasib baik yang driver kereta  proton tu tak keluar. Kalau tak, alamatnye berperanglah diorang ni.

Ni pula berlaku kat tempat yang sama tapi kat dalam supermarket. Time tu dah nak pergi kaunter nak bayar. Tetiba, terdengar sorang budak menangis. Ingatkan merengek sebab nak barang tapi jangkaan Cik T salah. Rupa-rupanya budak tu sesat. Kecohler tempat tu disebabkan dia sorang. Budak tu dah nak keluar dari supermarket. Nasib baik ada yang halang. Bapa Cik T pun cakap kat budak tu ada oang yang cari. Dalam menangis ketakutan tu, budak kecil tu tanya kat mana. Muncul atuknya bawa budak tu pergi. Budak datang dengan atuk dan neneknya. Budak ni nakal tak tau nak duduk diam kata atuknya. Kalau pergi memana pun tak kira mall ke supermarket ke pasar ikan ke, memang adalah kes cam ni. Syok berjalan anak pulak yang kena tinggal. Nasib baik kalau orang yang jumpa tu baik. Kalau yang jahat, cam mana? Nangis kau.

Dulu time kecik, Cik T pun ada gak kena tinggal tapi kena tinggal dalam stor. Hehe... Cik T masih ingat lagi, time tu Cik T belum sekolah. Ikut bapa masuk stor itupun ikut dari belakang senyap-senyap. Ingatkan bapa sedar Cik T ada kat belakang. Bila bapa pusing, Cik T pun ikut. Sekali tengok bapa tutup pintu stor, masalahnya bapa kat luar Cik T kat dalam. Dengan botol susu masih kat mulut dan bawa bantal busuk sekali, Cik T hanya berdiri kat sana dengan tenang dan senyap. Tak lama lepas tu, terdengar mak menjerit "Mana anak?!". Lepas tu, pintu pun buka. Ingat lagi time tu slumber je keluar dari stor. Bapa pula ketawa. Boleh pula budak ni tak nangis katanya. Mak pula membebal kat bapa. Masih segar dalam ingatan sebab berbaloi kalau ingat. Lucu... Hehe...

Oh ye, plus dalam minggu ni dah berapa banyak excident  yang berlaku. Orang Cina cakap bulan 4 memang 'panas' sikit itu yang banyak excident tu. Kalau tambah lagi dengan perangai pemandu yang ingat diri dia je tu, memang menambahkan lagi rating kemalangan.

Yang Cik T sodeh giler ni sal kulit Cik T tak macam dulu lagi. Sekarang senang sangat kena alergik. Kena gigi nyamuk dulu mana pernah ada bekas. Sekarang kena sikit dan teruk jadinya. Habis berparut badan Cik T. Susahnyer jadi orang yang sakit. Dulu time sihat, memang lasak gilerla badan. Tapi sekarang kena hujan sikit dah demam. Start keluar masuk hospital dululah , hidup Cik T tak macam dulu. Sodeh. Nak buat cam manalah kan. Dah takdir. Kalau sal penyakit Cik T dulu tu, lain kali cerita, k. Cik T nak merayap jap. Bubye...




No comments:

Post a Comment