Monday, June 30, 2014

Dah Puasa Rupenyer

Helo, Kekawan. Sebelum tu Cik T nak ucapkan....

SELAMAT BERPUASA KEPADA RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG MUSLIM



Tak sangkanya dah masuk bulan  Ramadan dah pun. Lepas tu pula bulan Syawal menjelma....hehe. Ramadan pun baru masuk 1 hari je, dah excited nak raya. Walaupun Cik T ni bukan beragama Islam, tak salahkan kalau join sekaki juga kan.  Yang paling best bila time puasa tu.... semestinya Bazaar Ramadan. Suka sangat-sangat pergi bazaar. Kalau dulu time lepas abis kerja selalu singgah sekejap kat bazaar sebab tempat kerja dekat giler dengan bazaar. Tapi sekarang tak lagik. Kalau tiap-tiap tahun cam ni memang kena 'bom' lah Cik T nanti. 
Tambahan lagi dengan bergaul bersama mereka yang beragama Islam ni banyak juga mengajar tentang budaya dan agama. Cik T pun ada gak saudara yang masuk Islam. So, Cik T pahamlah kalau puasa ni kena tahan nafsu makan minum...segala jenis godaan syaitan tu. Cik T sekeluarga pun ada gak ajar si adik ni supaya hormat dengan kekawan yang Muslim time puasa ni. 

Cik T nak bagi tabik 'spring' lah kat korang yang berpuasa tu. Tahan juganyer walaupun cuaca tengah panas giler ni. Kalau Cik T, dah knockout dah pun. Mungkin sebab korang dah bersahur kot.. tu yang buat korang bertenaga cam hari-hari biasa gak kan. Tambah lagi makan kurma. Hehehe... tuk pengetahuan korang, Cik T sekeluarga pun makan gak buah kurma time bulan puasa ni. Lagipun time ni je selalu tengok orang jual kurma. Waktu lain cam susah sikit nak cari. 

Cik T jealous dengan kawan-kawan Cik T yang ada ikut ujibakat supermodel yang dianjurkan oleh Amber Chia baru-baru ni kat Bintulu. Ada diantara mereka yang terpilih untuk menjadi wakil. Tahniah ye. Cik T tak ikutler. Memang tak layak pun. Badan agak gempal sikit. Hehe... mana cun nak jadi supermodel tu. Mimpilah.....Tapi kalau ada rezeki boleh gak try tahun depan. Manalah tahu next year badan dah kurus sikit. Boleh join kalau ada confident. Cik T takler gemuk cuma.... Bahagian bawah tu yang besar. Pear Shape katakan. Lain-lain ok...syukurlah. So, Cik T tengah cuba kecikkan sekecil yang mampu. Bukan apa, susah Cik T nak cari size seluar sekarang walaupun baru XL jerr.... Mula-mula dulu, tak berapa sangat nak bersenam. As long, badan sihat dah kira ok. Tapi, memandangkan Cik T pun nak kekal fit dan cuba untuk kurangkan berat dan kuruskan sikit part-part yang gemuk tu. Cik T akan cuba bersenam sedaya upaya. Diet? Perlu ke? Tapi kalau makan malam tu memang Cik T dah kurangkan portion. Mula secara perlahan katakan. Just try my luck anyway.  Cik T nak buktikan yang Cik T boleh kat diorang yang selalu memperlekehkan dan memandang rendah terhadap Cik T.

P/S: Kalau dapat abs pun kira ok gak kan. Haritu dah nak dapat dah tapi terus malas nak bersenam. Teruk, kan?

Saturday, June 28, 2014

Cuti Dipanjangkan

Hello, semua.
Aduh, tahu tak selama ni Cik T tak sabar nak tunggu 1hb Julai?
Kenapa? Sebab nak start kerjalah....bukan main semangat dah ni. Dah bersedia dah pun...
Sekali diorang call semalam kata tarikh ditukar ke 16hb sebab hotel belum siap lagi. Huh, kenalah tunggu lagi.... Apa nak buat, kan? At least dah dapat gak kerja. So, tunggu jelah.

Making in progress......Ada sapa-sapa nak  beli  ke atau pun berminat dengan produk krafttangan Sarawak berasaskan manik, cari je Cik T kat belog ni... Crochet pun ada...
P.S: Tersalah tekan butang....then, semua comment yang ada ter'delete'...dahsyatnya kalau tersalah tekan.....

Wednesday, June 25, 2014

Aku Suka Kucing #santaijer #wordlessWednesday








Last but not least. My own cat, Sunday...

Kerana Sayang, Aku Lepaskan


Haluu, dunia....hehe
Ceria giler pagi-pagi ni. Mestilah kawan. Bak kata orang, mulakan pagi anda dengan senyuman. Hehe
Tapi tengok tajuk hari ni cam sodeh je...hehe
"Kerana sayang, aku lepaskan"... Huih, tajuk...gempak je bunyi...
Cam cerita "Kerana Terpaksa Aku Relakan" kat TV3... tapi Cik T jarang tengok cerita tu....hehe

Korang pernah tak suka kat seseorang ni dalam diam tapi orang tu pula suka dengan orang lain? Mesti ada ynag pernah kan. Cik T pun sama. Setiap kali tengok cerita atau baca novel yang ada jalan cerita cam tu, Cik T memahami giler tau. Cam cerita 'My Heart' tulah, boleh nangis Cik T sepanjang siaran...hehe.

Cik T panggil mamat tu Sam (bukan nama betul) supaya senang sikit nak bercerita. Ceritanya cam gini. Si Sam ni dulu ye bercouple dengan kawan baik Cik T. Well, lama dah diorang ni couple. Dan, lama gaklah hati ni syok kat Sam tapi Cik T pendamkan je. Memandangkan dia pun dah bercouple dengan kawan Cik T sendiri. Tak tergamak pulak Cik T nak hancurkan love story diorang. Luckily juga Sam ni tinggal kat Kuching. So, jaranglah berjumpa dan nasib baik hati tak memberontak. Kalau hari-hari jumpa, semoga jelah masa tu Tuhan kuatkan imanku. Jadi, cinta mereka ni kira jarak jauh gakla. 
 Masa tu selalu gak Cik T dengan Sam chatting sesama. Tapi kitorang hadkanlah sikit cause takut pula girlfriend dia cemburu. Mau taknya nanti main tarik rambut. Tak nak aku. Kawan baik Cik T a.k.a GF Sam pun selalu luahkan atau cerita sal dia dan Sam kat Cik T. Betapa jealousnya Cik T bila mendengar semua tu. Sampaikan si Sam ni buat satu lagu tuk GF dia. Masa tu, sakit hati kerana cemburu memang menyakitkan. Cik T tahankan je.


Lepas diorang berpisah tu, kitorang decide untuk menyepikan diri. Memandangkan masing-masing sibuk menghadapi ujian penting tahun tu. Sam time tu dah masuk U pun. So, bertahunlah tak bertanya khabar lepas tu. GF dia still kawan dengan Cik T dan perasaan itu juga still terpendam didalam hati. So, Cik T terfikir bukan jodoh Cik T agaknya dengan Sam. Jadi, Cik T decide tuk move on dan Cik T pun bercinta gak dengan       . (nak tahu sapa, tu pun nanti Cik T cerita. Korang memang suka cerita cinta kan?) 
Then beberapa tahun kemudian, kitorang bertemu lagi di muka buku. Ingatkan dia dah lupakan Cik T, ternyata dai ingat. Yelah, Cik T ni pun bukannya budak famous pun. Memandangkan masa tu masing-masing pun single, so Cik T try luahkan apa yang terpendam dihati. Cik T kena ambil langkah daripada terus menanti. Sekali sekala perempuan dulu ambil tindakan. Then, dia cuma kata, "Thanks sebab bagitau." Itu je. Its mean 'No' I guess so.  Selama seminggu Cik T cuba lupakan semua tu. Tapi, Cik T tak remove pun dia dari Friend list dia pun cam tu gak.


Tak lama lepas tu, tengok dia dah bercouple dengan orang lain. Menambahkan lagi sakit dihati bila tengok foto mereka bermesra. Jealous. Sampailah ke hari ni Cik T tahan lepas tu decide nak remove dia dari muka buku dan hidup Cik T for good. Cik T tengok perbezaan Sam yang dulu dan sekarang. Sam nampak bahagia sekarang berbanding dulu. Dia happy bila bersama GF barunya. Eva. Nampak sangat-sangat bahagia. Cik T nampak yang hubungan mereka boleh pergi jauh lagi cam sampai ke jinjang pelamin. Cik T berdoa semoga mereka berdua bahagia bersama. Walaupun cara dia menolak Cik T agak kurang memuaskan hati, Cik T maafkan jelah.  Kerana sayang, aku lepaskan kau Sam. Aku kena move on. Moga kau bahagia bersama Eva. Mungkin satu hari nanti ada jejaka yang lagi baik punyer dah disediakan khas hatinya oleh Tuhan buat Cik T. Siapa tahu kan?

Senyuman manis Cik T.Hehe, Smile is the best make-up ever.



Saturday, June 21, 2014

Lawak Kampus


Haluuuu....., Semua.
Ya, seperti yang tertera di atas tu... Cik T memang suka baca komik. Yer, komik pun Cik T baca gak selain daripada novel.
Nape? Takleh baca komik ke aku ni?
Sapa cakap tak boleh? Boleh apa. Bukannyer ada larangan pun orang yang umur 20 tahun ke atas takleh baca pun, kan. Cam kartun gak, kau pun boleh tengok gak walaupun dah ada anak 2 ke.
Ee, baca komik? Cam budak-budak je. Tengok kartun?! No Mature at all.
Orang yang pikir cam tuler yang tak matang. Jangan pikir orang yang baca komik dengan tengok kartun tu tak mature tau. Entah-entah diorang yang lagi mature dari korang tak.
Ok, kita tinggalkan bab-bab tu.

Yes, Cik T masih suka tengok kartun dan baca komik. Umur dah nak 22 tahun dah pun. Peduli apa Cik T tetap nak baca dah tengok gak. Hah, dalam banyak-banyak komik. Yang paling mendapat tempat dihati Cik T dan adik Cik T ialah .... LAWAK KAMPUS.


Ye, Lawak Kampus a.k.a LK by Keith. Bukan Keith Foo ye. Dia tu pelakon je bukan kartunist.


Suka giler baca sampai tak sedar dah ada banyak komik LK yang Cik T ada. Entah bila pula Cik T start suka LK ni? Bila dah beli tu berazam pula Cik T nak kumpul semua komik LK ni. Tapi satu je masalah ni, kat Bintulu susah sikit nak cari pasal cuma kat Popular bookstore je ada. Itupun kalau ada stok. Tu pasallah koleksi tak berapa nak lengkap. Ada gak yang terpaksa Cik T beli kat internet. Beli buku terpakai. Ok gak dari diorang buang buku tu baik jual. Ada lar murah sikit harga dia berbanding yang dari kedai. Satu buku tu harga RM 9.50 kalau kat Sarawak. Beli yang terpakai (still in good condition) harga dalam RM 4-5 untuk satu buku. Komik pun pandai naik harga gak tau.

Ibu dengan Ayah ada tanya, apa guna kumpul novel dengan komik bebanyak cam ni?
 HEHE..., suka tengok dia banyak. Lagipun dah minat sangat membaca. What to do? hehe...
 Bila tengok Cik T pergi beli buku ke baca buku ke, adik Cik T pun turut terikut suka baca buku. Parents pun sokong gak minat ni. 

O yes, kepada sesiapa yang ada komik LK yang dah tak mau guna dah dan masih dalam keadaan yang ok tu. Bolehlah tanya Cik T. Mana tau tu jilid yang Cik T cari. Buku-buku atau komik-komik lain pun boleh gak. Mana tahu Cik T berminat.

Friday, June 20, 2014

Taeyang akan terus 'Bangkit'

Helo, semua.
 Nak update sal lagu yang ada dalam playlist ni. Kalau korang tengok mp3 yang warna purple kat atas tu. Dulu lagu versi piano je kan. Sekarang Cik T dah tukar kepada lagu lain. Semua lagu korea. Well, fanatic gitu. Untuk kali ni, kebanyakannya lagu dari album baru Taeyang (Bigbang) menjadi pilihan. Diselitkan sekali beberapa buah lagu dari 2ne1. Nak letak banyak lagi tapi cukuplah tuk setakat tu je dulu.

Kali ni lagu dari album Taeyang yang terbaru iaitu RISE .


01. Rise [INTRO]
Composer: Peejay, Taeyang
Lyrics: Tablo, Choice37, Taeyang
Arrangement: Peejay
02. 눈, 코, 입 [TITLE SONG]
(Translation: Eyes, Nose, Lips)
Composer: Teddy, Dee.P, Rebecca Johnson
Lyrics: Teddy, Taeyang
Arrangement: Teddy, Dee.P
03. 1AM
Composer: Teddy, Choice37, Boys Noize
Lyrics: Teddy
Arrangement: Teddy, Choice37, Boys Noize
04. Stay with Me (Feat. G-Dragon)
Composer: G-Dragon, The Fliptones, JHart
Lyrics: G-Dragon
Arrangement: The Fliptones
05. Body
(Korean Title: 아름다워/Beautiful)
Composer: Teddy, Taeyang, PK, Dee.P
Lyrics: Teddy, Taeyang
Arrangement: Teddy, PK, Dee.P
06. Ringa Linga
Composer: G-Dragon, Shockbit
Lyrics: G-Dragon, Tokki
Arrangement: Shockbit
07. 이게아닌데
(Translation: This Ain't It)
Composer: Airplay, Jo Sung Hwak
Lyrics: Airplay, Jo Sung Hwak
Arrangement: Airplay
08. 버리고
(Translation: Let Go)
Composer: Taeyang, PK, Dee.P
Lyrics: Tablo
Arrangement: PK, Dee.P
09. Love You To Death
Composer: Happy Perez, Britt Burton, Taeyang
Lyrics: Tablo, Britt Burton
Arrangement: Happy Perez


Lagu "Ringa Linga" je yang takde Cik T download. So, apa pendapat korang sal lagu Taeyang yang baru? Ok tak?
Cik T paling suka lagu " Eyes, Nose, Lip" dan "Love You To Death". Pendek kata, kebanyakan music untuk lagu-lagu Taeyang lain dari yang dulu.  Berbeza dari kebanyakan lagu Kpop yang lain. Lain yang bagus. Sedap telinga mendengarnya. Fresh gitu. Buat kita rasa nak menari je.

 Taeyang memang berbakat. Suara pun merdu. Lagu solo Taeyang yang dulu iaitu "Wedding Dress" itulah yang buat Cik T jatuh cinta dengan suara Taeyang. Lagu " This Ain't It" pun boleh tahan gak suara Taeyang kat sini. Boleh cair cam aiskrim bila dengar. Kebanyakan lagu dalam album, hampir semuanya ialah sad song.  Lagu "1 AM " tu cam lagu "Crooked" GDragon, kan? Tapi ok gak lagu tu.


Thursday, June 19, 2014

Rest In Peace Kak Syuhada

R.I.P Syuhada Baharudin
Salam takziah Cik T ucapkan kepada keluarga blogger, Kak Syuhada Baharudin.

Cik T tak tahu pula yang tengah koma selama ni Kak Syuhada yang selalu datang jenguk blog Cik T. Walaupun tak berapa kenal, Cik T doakan semoga arwah bersemadi dengan tenang disana.

Sunday, June 15, 2014

I Hate My Skin...


Sodeh sangat ni. Huhu, bukan apa Cik T sedih ni? Cik T sedih sebab Cik T ada kulit yang sensitif. Warghhh!!
Ape? Itupun nak kecoh ke?
Huh, mau taknya kecoh. Untuk pengetahuan korang kulit Cik T dulu tak macam ni. Pendek kata, Cik T ni dulu adalah seorang gadis yang memang kebal penyakit. Nak sakit pun susah dulu. Tu pasal rekod kehadiran kat sekolah sentiasa bersih. Hehe...
Lepas habis PLKN, Cik T kerja. Bila dah berhenti tu, rasa sakit tu mula terasa bila Cik T start kerja kat bakery jadi baker. Mula-mula, rasa sakit kat celah ketiak. Ada rasa ketulan kat situ. Ingat ianya akan hilang sendiri tapi tak. So, pergi jumpa doktor bila off day. Then, startlah rutin keluar masuk hospital jumpa doktor dan x-ray. Semuanya first time. Betul first time untuk X-ray, bermalam kat wad, kena bedah dan rutin-rutin biasa bila tinggal kat hospital.

Cik T tahu hidup Cik T akan berubah sejak Cik T disuruh untuk berjumpa doktor pakar. Apalagi bila x-ray. Serious Cik T katakan kat sini, Cik T tak suka. Why? X-ray bukannya bagus untuk kita pun. Ianya membunuh sel dalam bdan kita. Cik T rasa mungkin start dari situ Cik T dapat kulit yang sensitif.
Bilik bedah? Ianya ialah  satu mimpi buruk untuk Cik T. Sejak dari masa kat dalam tu Cik T berharap Cik T takkan masuk ke hospital lagi. Ketumbuhan tu cam janin je. Baru besar ibu jari. Masa tu tak tau disebabkan apa. Tapi memang berharap sangat bukan kanser sebab belah mak ada sejarah kanser. Tunggu punya tunggu berbulan lamanya, Cik T disuruh jumpa doktor balik. Kali ni secara mengejut diorang suruh masuk wad balik. Diorang syak Cik T kena TB. Argh, masa tu memang kecewa giler. Ingatkan tak akan bermalam lagi kat wad. Tapi yang hairannya kat mana Cik T dapat TB?

Bila doktor datang jumpa Cik T, dia tunjuk yang paru-paru Cik T sebelah kiri penuh dengan air. Wau, terkejut Cik T. Bila masa pula air ni masuk? Penuh satu peparu tu. Patutlah baru naik beberapa anak tangga je dah semput cam lari 100 meter je. Memang terkejut. Sebab tu doktor syak Cik T kena TB. Masa tu doktor bagitau yang mereka mungkin akan bedah ataupun cuma cucuk hos je tuk keluarkan air tu. Then, masa tu Cik T cuma berserah jelah kepada Tuhan. Cik T call ibu yang berada kat rumah untuk bagitau mungkin Cik T akan kena bedah tuk keluarkan air yang kat paru-paru tu. Ibu pun terkejut. Keesokkan harinya ibu datang. Memang diorang operate Cik T tapi kat dalam wad je. Cuma beri bius sikit then masuk hos pam air tu keluar. Masih ingat lagi 6 botol tempat letak urine tu dengan 1 beg plastik urine. Diorang siap timbang lagi. Yang beg plastik tu cecah sampai 1KG. Nasib baik hos kat badan cuma untuk waktu tu je dan hanya dicucuk sekali. Ada pesakit ini, dia kena bawa besen dan hos kat badan ke mana-mana je dia pergi. Seksa tau. 24 jam lagi tu. Selama hampir 2 minggu Cik T kat wad. Sebab diorang tak jumpa pun bakteria TB. Then diorang cucuk pula hos kecik ke dalam badan dari lubang hidung. Terseksa Cik T dibuat begitu 3 kali dalam 3hari tu. 1 kali untuk 1 hari. Nasib baik masa tu ibu takde. Mau taknya menangis meratap nasib diri ni. Lepas tak jumpa bakteria tu, mereka benarkan Cik T balik. FYI, Cik T adalah pesakit yang paling muda masa tu termasuk sekali kat dalam wad bedah tu. Tak bangga pun.

Sejak dari itu, hidup Cik T berubah. Tak boleh hidu asap banyak sangat. Asap rokok dah boleh buat Cik T batuk kuat. Mudah giler jatuh sakit. Bila ada orang bersin ke batuk-batuk dekat dengan Cik T , alamatnya Cik T pun berjangkit sekalilah. Kulit jadi sensitif. Huh, masalah ni memang ketara sangat. Kena debu sikit je terus alergik. Kena detergent jenis serbuk dan paste pun alergik, habis kulit tangan mengelupas. Kena gigit nyamuk, kekadang sampai berbekas tau kat kulit. Berparut dah tu bertompok hitam pula kesan kena gigit tu. Habis kaki dan tangan yang dulu licin sekarang hodoh dek kena parut. Kalau korang ada tengok entry yang sebelumnya korang tau.

Cik T betul-betul berharap dapat balik diri Cik T yang dulu. Yang sihat, kebal dari segala jenis penyakit tu, mempunyai kulit yang sihat, antibodi yang kuat. I miss the old me. Nak cari supplement yang boleh bantu Cik T. Apa-apa yang boleh membantu masalh Cik T. Ada survey kat internet tapi manalah tau kot-kot teman-teman blogger tau produk supplement/tablet ke yang boleh membantu? Kalau beli yang mahal, takut nanti kesannya kureng. Agak-agak mana yang boleh membantu, ye? Atau ada apa-apa tips korang boleh kongsi ke? Minta sangat pertolongan dari korang semua. Tak mahu hidup cam ni lagi.

Cerita Cinta Ini....

Hai, semua. Ada berita sedih untuk family Cik T. Lepas balik bercuti Hari Gawai hari tu, 2 atau 3 hari kemudian kami sekeluarga dikhabarkan yang saudara ibu masuk hospital. Jadi, kami pun bergegas ke Miri.

Sampai sahaja kat hospital, kami terus ke wad. Tiba je kat wad perempuan, rasa kasihan mula terbit dihati. Kasihan melihat nenek (saudara ibu) terbaring lemah di atas katil dan menggunakan tangki oksigen untuk bernafas.
Atuk (suami saudara ibu) berbisik ke telinga nenek untuk memberitahunya bahawa kami sudah sampai. Ibu bertanya dia boleh dengar ke? Atuk menjawab dengan yakin yang nenek masih boleh mendengar. Nenek yang terbaring di atas katil seperti orang yang koma dengan atuk yang setia disisi menemani. Menambahkan lagi sayu dihati Cik T.
 Tiba sahaja ibu saudara Cik T, seperti sebelum ini atuk pun berbisik kepada nenek. Sebelum ini ada cecair berwarna merah keluar dari mulut nenek. Mungkin darah agaknya. Cik T menegur kenapa ada air mengalir keluar dari mulut nenek? Mereka pun hairan juga. Tak lama selepas semua orang tiba, bilik wad jadi kecoh. (Masa tu Cik T kat luar bilik, tak nak berhimpit dengan orang. Lagipun sesak, lebih baik Cik T berdiri kat luar je dulu.) Cik T tengok doktor dengan nurse keluar masuk dari bilik nenek. Hairan? Apa yang berlaku?

Tak lama selepas itu, tangisan mula memenuhi bilik wad. Nenek telah pun menghembuskan nafasnya. Hah, sayu hati Cik T bila melihat atuk menangis. Akhirnya, air mata Cik T juga jatuh. Sempat Cik T maklumkan kepada saudara-mara yang jauh dan tak sempat datang mengenai kepergian nenek melalui telefon dan Whatsapp. Sedih tengok atuk merintih. Walaupun Cik T baru jumpa mereka berdua ni, kehilangan tu tetap terasa. (Family kedua-dua belah mak dengan ayah besar sangat)

Dalam kesedihan tu, atuk masih dapat menguruskan segala dokumen untuk membawa jenazah keluar. Walaupun kekadang dia agak kelam kabut sikit. Yelah, minda disaat tengah bersedih tak berapa nak berfunction gak time tu.

Bila sampai je kat rumah atuk, masa tu malam... bergemalah tangisan atuk ka dalam rumah tu. Kesian dia. Dahlah tu daif sungguh keadaan rumah. Rumah dua tingkat yang dah agak usang. Anak-anak pulak cam tak berapa nak ambil peduli tentang kehidupan mereka berdua. Tapi, yang Cik T dapat lihat melalui 'cerita' yang Cik T sedang alami dan tengok ni ialah cinta dan kasih sayang.

Kasih sayang sorang suami yang sangguh menjaga dan menemani isterinya yang sakit saban waktu sehinggalah isterinya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sanggup juga menjual rumah milik mereka kepada ibubapa Cik T supaya isterinya dapat menikmati duit hasil dari jualan tersebut. Tapi masalahnya, kami tak dapat nak beli sebab kami pun bukan orang yang berada.

Tambah kasihan lagi bila sampai kat tanah perkuburan kristian, si suami yang dilihat sedari tadi berdiri dengan gagahnya tumbang terduduk diatas tanah apabila coffin isterinya dimasukkan ke dalam liang lahad. Atuk tidak mampu berdiri pada masa itu. Dia lemah. Cinta hatinya kini sudah pun pergi meningglkannya. Air mata Cik T berguguran. Disaat itu ayat " Hanya maut yang dapat memisahkan kita" bermain di minda. Walau maut telah memisahkan jasadnya di dunia ini, semoga roh mereka berdua akan bertemu lagi di syurga kelak. Cerita cinta ini yang Cik T suka sangat. Susah senang tetap bersama. Hari-hari tua pun kita lalui bersama.

In Memory of
Rose Laung



Wednesday, June 4, 2014

Terlepas kerana ego ke?

Hai, semua. Cik T dah balik dari bercuti. Sambut hari Gawai kat kampung ayah di Kanowit, Sibu.
Banyak perubahan yang berlaku kat sana. Cik T happy tengok kampung dah makin maju. Terutama sekali bila jalan tar dah sampai kat depan rumah panjang. Lepas ni, bila jambatan kat sungai Rajang dah siap. Boleh guna kereta sendiri pergi dan balik kampung. Tak payah guna kereta sewa dan perahu tambang lagi. 
Tapi, yang pasti Cik T rindu nak guna perahu panjang meredah sungai Rajang sambil angin menyentuh muka. Best, tau.

Ok, berbalik ke tajuk hari ni. Terlepas kerana ego? Korang yang fikir ni pasal perasaan? Korang betul.
Ceritanya begini. Pada 31hb, orang kampung tengah sibuk dengan acara-acara yang diadakan sempena hari Gawai. Cik T tak join la. Cuma jadi tukang sorak dan ambil gambar je. Then, secara tak sengaja mata ni terlihat sesuatu. Didepan mata Cik T, dia juga sedang memerhati Cik T. Dia sedang duduk. Jarak pun dekat. Cik T cepat-cepat toleh ke tempat lain. Pelik. Mungkin sebab tak pernah nampak dia kot.
 Bila sedang asyik bersorak dan mengambil gambar. Tak sedar dia dah berdiri kat sebelah Cik T. Begitu hampir. Hui, mana nak lari ni? Hargh, lantaklah. Dia pun nak tengok orang main gak, kan?

Then start dari masa tu, gerak-geri dia sentiasa menarik perhatian Cik T. Selalu buat eye contact. Bila tengok gaya dia, cam dia dah syok kat Cik T la. (Cik T memang cepat perasan,tau....hehe)


Sebab tiap kali Cik T pakai baju warna tu, dia pun pakai  warna tu gak. Kebetulan ke? Mungkin. Tapi yang Cik T perasan, dia selalu perhatikan Cik T. Betul. Tambahan lagi, bila Cik T sendirian di ruai (anjung rumah panjang), dia yang tegur Cik T dulu. Bila ada orang dengan Cik T, dia malu-malu pula. Sekadar memandang dari jauh je. Cik T sebenarnya suka gak kalau dia nak berkenalan dengan Cik T. Cik T nak mulakan langkah tapi malu nak start dulu. Perbualan pertama pun cuma ucap "Selamat Hari Gawai' dan berjabat tangan je. Sangat-sangat tak puas hati. Kekeadang geram gak bila tengok dia lepaskan peluang cam tu je.

Ada satu masalah, Cik T dapat tahu yang cousin Cik T pun suka kat dia. Oh No! Apa ni? Masa tu tak tahulah tapi cousin Cik T  tak tahu sal perkara yang sewaktu dengannya tu. Bila tengok aksi gedik cousin Cik T bila Si Dia muncul, menyampah je tengok. Habis belakang Cik T kena pukul. Sabar jelah. Cik T pun tak nak dia tahu sebelum Cik T benar-benar pasti sal si Dia tu. Tambahan lagi, cousin Cik T ni memang pantang sikit tengok orang yang good looking. Boleh jadi gila dia.

Sebenarnya kami berdua ada peluang untuk berkenalan dengan lebih mendalam lagi. Tapi peluang tu dilepaskan cam tu je. Kerana ego ke? Nak mula dulu tapi malulah. Bila dapat berjumpa lagi pun tak tahu. Sebab masing-masing tinggal kat tempat yang jauh. Bila Cik T balik hari tu, dia tergesa-gesa keluar tapi slow down bila tengok Cik T dah duduk dalam kereta. Muka dia cam sedih tau. Huh, tulah lepaskan peluang yang ada untuk berkenalan. Kalau nak, kena tunggu tahun depanlah jawabnya.

Perkara cam ni memang selalu berlaku, kan? Bila kita cam suka kat seseorang tu , kita nak sangat berkenalan dengan dia. Bila ada peluang, kita pula malu nak mulakan dulu. Then, fikir "Biar dialah yang mulakan dulu. Malulah kalau kena reject nant". Mesti ini pernah berlaku kat korang, kan?

 Kalau peluang tu kami berdua tak lepaskan, mesti jalan ceritanya dah lain. Betul tak?
Haruskah aku menunggu?