Sunday, June 15, 2014

Cerita Cinta Ini....

Hai, semua. Ada berita sedih untuk family Cik T. Lepas balik bercuti Hari Gawai hari tu, 2 atau 3 hari kemudian kami sekeluarga dikhabarkan yang saudara ibu masuk hospital. Jadi, kami pun bergegas ke Miri.

Sampai sahaja kat hospital, kami terus ke wad. Tiba je kat wad perempuan, rasa kasihan mula terbit dihati. Kasihan melihat nenek (saudara ibu) terbaring lemah di atas katil dan menggunakan tangki oksigen untuk bernafas.
Atuk (suami saudara ibu) berbisik ke telinga nenek untuk memberitahunya bahawa kami sudah sampai. Ibu bertanya dia boleh dengar ke? Atuk menjawab dengan yakin yang nenek masih boleh mendengar. Nenek yang terbaring di atas katil seperti orang yang koma dengan atuk yang setia disisi menemani. Menambahkan lagi sayu dihati Cik T.
 Tiba sahaja ibu saudara Cik T, seperti sebelum ini atuk pun berbisik kepada nenek. Sebelum ini ada cecair berwarna merah keluar dari mulut nenek. Mungkin darah agaknya. Cik T menegur kenapa ada air mengalir keluar dari mulut nenek? Mereka pun hairan juga. Tak lama selepas semua orang tiba, bilik wad jadi kecoh. (Masa tu Cik T kat luar bilik, tak nak berhimpit dengan orang. Lagipun sesak, lebih baik Cik T berdiri kat luar je dulu.) Cik T tengok doktor dengan nurse keluar masuk dari bilik nenek. Hairan? Apa yang berlaku?

Tak lama selepas itu, tangisan mula memenuhi bilik wad. Nenek telah pun menghembuskan nafasnya. Hah, sayu hati Cik T bila melihat atuk menangis. Akhirnya, air mata Cik T juga jatuh. Sempat Cik T maklumkan kepada saudara-mara yang jauh dan tak sempat datang mengenai kepergian nenek melalui telefon dan Whatsapp. Sedih tengok atuk merintih. Walaupun Cik T baru jumpa mereka berdua ni, kehilangan tu tetap terasa. (Family kedua-dua belah mak dengan ayah besar sangat)

Dalam kesedihan tu, atuk masih dapat menguruskan segala dokumen untuk membawa jenazah keluar. Walaupun kekadang dia agak kelam kabut sikit. Yelah, minda disaat tengah bersedih tak berapa nak berfunction gak time tu.

Bila sampai je kat rumah atuk, masa tu malam... bergemalah tangisan atuk ka dalam rumah tu. Kesian dia. Dahlah tu daif sungguh keadaan rumah. Rumah dua tingkat yang dah agak usang. Anak-anak pulak cam tak berapa nak ambil peduli tentang kehidupan mereka berdua. Tapi, yang Cik T dapat lihat melalui 'cerita' yang Cik T sedang alami dan tengok ni ialah cinta dan kasih sayang.

Kasih sayang sorang suami yang sangguh menjaga dan menemani isterinya yang sakit saban waktu sehinggalah isterinya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sanggup juga menjual rumah milik mereka kepada ibubapa Cik T supaya isterinya dapat menikmati duit hasil dari jualan tersebut. Tapi masalahnya, kami tak dapat nak beli sebab kami pun bukan orang yang berada.

Tambah kasihan lagi bila sampai kat tanah perkuburan kristian, si suami yang dilihat sedari tadi berdiri dengan gagahnya tumbang terduduk diatas tanah apabila coffin isterinya dimasukkan ke dalam liang lahad. Atuk tidak mampu berdiri pada masa itu. Dia lemah. Cinta hatinya kini sudah pun pergi meningglkannya. Air mata Cik T berguguran. Disaat itu ayat " Hanya maut yang dapat memisahkan kita" bermain di minda. Walau maut telah memisahkan jasadnya di dunia ini, semoga roh mereka berdua akan bertemu lagi di syurga kelak. Cerita cinta ini yang Cik T suka sangat. Susah senang tetap bersama. Hari-hari tua pun kita lalui bersama.

In Memory of
Rose Laung



No comments:

Post a Comment